BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 12, 2011

Warkah untukmu sahabatku

Bismillahhirrahmaanirrahim..


Duhai Sahabat
Kau sentiasa disampingku
Kau sentiasa hampir denganku
Kau selalu dekat denganku
Kau sentiasa bersamaku
Tika aku gembira
Tika aku sedih
Tika aku suka
dan tika aku duka


Kaulah tempat aku berkongsi ceritera perjalanan suka dukaku
dalam mengharungi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini
Kau sentiasa menemaniku dalam apa jua situasi
Kau setia menemaniku apabila aku dalam ketakutan
dikala mata tak mampu untuk aku lelapkan
Kau setia bersamaku disaat-saat emosiku tak menentu
Kau setia melayani karenahku tanpa mengira penat lelahmu
Kau sentiasa ada apabila aku memerlukanmu
Kau sentiasa menegurku demi untuk memperbetulkan kesilapanku
Kau sentiasa mengajakku ke medan dakwah
medan untuk kebaikan kita bersama
untuk ke jalan yang lebih diredhai
dan lebih diberkati

Terima kasih diatas segalanya sahabat
Semua itu akan pasti aku ingati
dan akan aku kemas rapi dalam memori ingatanku ini
walaupun kita akan berjauhan suatu hari nanti
Tiada ucapan terindah melainkan semoga persahabatan ini akan kekal abadi
Moga persahabatan ini akan diberkati Allah dan diredhai Ilahi
Terima kasih Ya Allah atas kurnianmu ini
Terima kasih..
Terima kasih,
Duhai sahabat sejati

Sahabat,
Moga aku tetap dalam ingatanmu
dalam doamu
walaupun kau jauh dariku
walaupun aku tahu ada kepentingan lain yang lebih utama berbanding diriku
Aku hanya insan kerdil yang banyak kelemahan dan kekurangan
Maafkan diri ini atas segalanya sahabat
Maafkan diri ini andai aku telah melukakan hatimu
Maafkanku atas keterlanjuran kata-kataku
yang mungkin tanpa aku sedari yang telah mengguris hatimu
membuat kau jauh dariku
jauh disudut hatiku kaulah sahabatku
sahabat yang sentiasa memahamiku
sahabat tika susah dan senangku
Terima kasih sahabatku

Dihari yang bermakna ini
moga kau beroleh segala yang dihajati
moga segala hajatmu dipenuhi
moga semua impianmu kan kau kecapi
moga kau sentiasa menjadi sahabat yang disenangi
moga kau kan jadi anak yang berbakti
moga kau kan jadi muslimah sejati
moga kau kan jadi isteri taat pada suami
moga kau kan berjaya didunia juga diakhirat nanti
moga redha Ilahi sentiasa bersama sahabatku ini

Untukmu sahabatku=)


Sanah helwa ya ukhti;)
Dariku,
-sahabatmu-
12 April 2011



4 comments:

gogo said...

mata kite berkaca-kaca...
terima kasih atas segalanya...
sayang gogo sokmo!

~Miera~ said...

To gago:
hanya itu yang kita mampu beri untuk Gago
simpan baik2 ye Gago=)
sayang Gago jugak=)

GG said...

sangat2 berharga ape yg gogo bg tu..akan kte jaga baik2 tak bg habuk lekat pun..bukan mahal jadi tara kan :)

~Miera~ said...

=)
=)
=)