BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 27, 2012

sebulan~

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini 27hb Disember 2012, genap sebulan aku [baca:saya] bekerja sebagai Food Service Dietitian di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Alhamdulillah ternyata rezeki aku disini, rezeki yang Allah telah tetapkan setelah pelbagai cubaan dan dugaan untuk mendapatkan kerja. Setelah 5 bulan menjadi penganggur terhormat dirumah, berat sungguh langkah kakiku untuk keluar dari rumahku syurgaku, duduk berjauhan dari keluarga dan bermusafir seorang diri tinggal di tengah kota raya Kuala Lumpur, salah satunya tempat yang selama ini aku ingin elakkan. Namun semua ini rahsia Allah, Allah telah tetapkan untuk aku bekerja dan berbakti di sini. Alhamdulillah aku redha. Setiap yang berlaku ada sebabnya. I believe this!

Ternyata disetiap kesenangan pasti ada kesusahan, disetiap kesukaran pasti ada kemudahan. Lumrah hidup.
Sebelum dapat kerja, macam-macam perkara aku fikir: pasal temuduga, rumah sewa, transport , bos, suasana tempat kerja dan macam-macam lagi. Semua perkara ligat berpusing dalam fikiran, ye lah risau sangat-sangat sebab tak pernah masuk alam pekerjaan secara rasmi selepas tamat belajar, dan inilah yang pertama kalinya. Duduk mengganggur kat rumah selama ini memang best, ye lah duduk dengan family, siapa yang tak suka kan makan pakai semua mak ayah yang tanggung, kerja aku cuma sebagai house manager, uruskan rumah, basuh baju, lipat baju, masak, relaks-relaks, santai-santai, tengok tv, jalan sana jalan sini, orang lain tak cuti kita cuti sentiasa, memang heaven! Boleh buat apa saja dan pada bila-bila masa sahaja.

Yang tak bestnya, bila aku rasa aku tak dapat bagi sesuatu  kat family aku, maklumlah no income kan duduk rumah just a small contribution as a full housewife only. Memang tak puas hati.  Yang stressnya kat umah bila orang asyik tanya bila kerja?bila dapat kerja? kerja?? kerja??kerja???? memang stress!!!!yang stressnya lagi sebab aku sendiri pun masa tu tak tahu nak jadi apa even aku dah belajar dietetic course ini selama 4 tahun, aku rasa minat aku bukan dalam bidang ini.

 Cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang pendidik, inilah cita-cita aku yang aku tanam sejak dari kecil. Aku pun teruslah berusaha untuk mengejar cita-cita aku ini dengan menghantar resume sebagai seorang pendidik  merata-rata ke sana sini. Pekerjaan pun rahsia Allah kan, memang kita merancang untuk jadi apa tetapi Allah juga merancang dan DIA lah perancang terhebat. Tak semua yang kita minat adalah yang terbaik untuk kita dan hari ini aku dah pun memegang satu jawatan yang dulunya aku tak suka dan tak minat langsung!!Inilah rahsia Allah yang kita sebagai manusia memang tak tahu, sekarang Allah bagi peluang untuk aku jadi dietitian. Alhamdulillah syukur, inilah masa untuk aku kutip pengalaman sementara bergelar dietitian. I will try my best to be a good and commited dietitian!! In sha Allah.

Bila sudah masuk alam pekerjaan ni, tak semua benda kita belajar masa dalam kelas dulu especially hal yang melibatkan emosi, macam mana nak handle staff dan macam-macam lagi, memang kena jadi multi-tasking, fast learner dan segalanya fast!. Setakat ini Alhamdulillah still can handle, if I cant handle the problem, of course no people to ask except Shasha!!! Mujurlah ada orang yang tak jemu-jemu duk ajar kan.Credit to Salsabilla Amran. Thank you very much senior dietitian!!eheh.

Setakat ini je lah dulu perkhabaran dari tuan hamba, hari ini dapat update blog pun sebab semalam dan hari ini off day kalau tak memang tak ada masa, busy sokmo!!;P

Walaupun hari ini aku off, tapi rasa macam kerja sebab sekarang ini aku kat office Ieda Roslan.
Ieda sibuk dengan kerja dia dan aku sibuk menghapdate blog!!!hehe..
Sorry Ieda, ada orang ketiga pulak dalam office..
Jumpa dengan Ieda ni pun tak dirancang langsung, sebab aku ada hal kena settle kat Putrajaya, terus contact Ieda, Alhamdulillah dapat jumpa setelah beberapa bulan tak jumpa after convocation.
Macam-macam story-telling bila dah jumpa ;D...
Rindu betul nak jumpa kawan-kawan semua,story-story, etc...
In sha Allah biar masa menentukan =)

Jom jadi lebik baik!!

Sekian,
Puchong,
271212.