Kesusahan menuntut seribu kesabaran..
Kepayahan menuntut seribu ketabahan..
Kehidupan menuntut seribu kekuatan..
Kejayaan menuntut seribu pengorbanan..
Tanggungjawab menuntut seribu keikhlasan..
Keputusan perlukan seribu ketenangan~
Aku perlukan ketenangan tika ini,
bebas dari segala apa yang ada disekelilingku,
aku cuba untuk melarikan diri dari suatu keadaan,
namun ada sekelumit kasih yang tak mampu untuk aku tinggalkan
yang memberikan aku anugerah kebahagiaan selama ini
Namun,kebahagiaan itu tidak lagi kurasakan
kebahagiaan itu tidak seperti dulu
kebahagiaan itu semakin pudar
dimanakah kebahagiaan dulu?
apakah ada hikmah disebalik apa yang berlaku??
kembalilah duhai TENANG~
Tuesday, July 27, 2010
~PERLUKAN KETENANGAN~
Posted by ~Miera~ at 11:37 PM 0 comments
Labels: bicara hati
Saturday, July 24, 2010
Dipinang orang??
Bila mimpi dipatuk ular,maksudnya ada orang nak masuk meminang,betul ke??Biasa dengar tak??Boleh percaya ke? Well,this is one of social and culture issues in belief..hmmm the next point ini berdasarkan apa yang aku dengar dari Ustaz Sharhan,salah seorang pengamal perubatan Islam(if i'm not mistaken).Actually,bukan orang yang nak masuk meminang tetapi benda lain..huuu..iaitu sihir..mimpi-mimpi yang boleh dijadikan petanda perkara ini ialah:
1-Apabila terjatuh daripada bangunan tinggi
2-Dikejar binatang buas seperti harimau
3-Menggendong bayi,terutamanya menyusui bayi tersebut
4-Dipatuk ular
Alamak,setakat ini sahaja yang mampu diingati..InsyaAllah I will update if I can remember..
Moga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara seperti ini.Amiin..
Posted by ~Miera~ at 11:35 PM 0 comments
Labels: Bicara kehidupan
Thursday, July 22, 2010
Maafkan..
Maafkan aku kerana ...(baca:dot dot dot)
Bukan aku sengaja untuk ...
Bukan pintaku untuk ...
Bagiku itu adalah anugerah dari Allah
Anugerah yang tidak dapat dirasai oleh semua makhlukNya
Tetapi jika itu adalah khayalan semata-mata
Aku berusaha untuk tidak ...
Tetapi jika benar itu adalah ketentuan untukku
Hanya padaMu aku berserah
Kerana Kau lah pemilik segala-galanya
Posted by ~Miera~ at 11:40 PM 2 comments
Labels: bicara cinta
Tuesday, July 13, 2010
Mei....Jun.....Julai....
Assalamualaikum..
Memang sudah melebihi 3 bulan aku tidak menjengah masuk ke blog ni sehinggakan hampir lebih daripada 5x aku cuba untuk mengingati password namun aku tetap gagal.Akhirnya dengan bantuan Google,berjaya juga aku menulis tika ini.Entri kali ini merupakan summary 3 bulan kehidupanku..
...MEI...
>2hb
1 berita yang mengejutkan buat aku,keluargaku dan juga saudara-maraku..Berita kematian nenek saudaraku seakan-akan menjadi trauma bagi kami semua kerana kematiannya agak tragis dan keesokan harinya terpampang di dada-dada akhbar tentang peristiwa itu.Sehari semalam jugalah kami tidak dapat tidur lena sehinggalah kes itu selesai disiasat.Namun,aku rasa tidak perlulah aku ceritakan semuanya disini,biarlah ianya menjadi sejarah bagi kami sekeluarga.Semoga yang baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan.Setiap yang bernyawa pasti akan mati,itu janji Tuhan..Semoga kita bersedia untuk menghadapinya.InsyaAllah.
...JUN...
>9hb
Aku bersiap-siap untuk ke Kuantan kerana pada keesokan harinya aku beserta rakan-rakanku akan menghadiri satu majlis perkahwinan rakan sekelas kami di Terengganu.Tak sabarnya rasa!!;D..Macam tidak percaya pun ada,aishh dah besar rupanya kami semua,umur pun dah 'double 2'..heheh(bersamaan dengan 22)
>10hb
Kami(zizah,Mar,Yana,aku)bersiap-siap untuk bertolak..memang merancang untuk keluar awal tetapi lambat juga akhirnya bak kata orang matahari tu dah tegak berdiri jugalah..heheh..:P(kita hanya mampu merancang..ngee~)..Sebelum bertolak,sempat jugalah kami bersarapan,lain yang dirancang,lain pulak yang kami masak.ish3x.heheh..tak apalah,janji perut diisi dan tidak dibiarkan kosong especially-nye untuk 2 orang driver tu,memerlukan tenaga untuk memulakan perjalanan.heh~
Lebih kurang pukul 3 kami selamat tiba di Dungun,Alhamdulillah sempat melihat akad nikah rakan sekelas kami itu.Hmmm da selamat jadi isteri orang rupanya kawan aku yang seorang ini=)Tahniah kepada Norma,semoga kekal hingga ke akhir hayat=)
Setelah selesai menjamu selera,kami bertolak pulang tapi bukan balik rumah masing-masing lagi tetapi pergi bercuti dulu..hehe..destinasi kami seterusnya adalah Kuala Terengganu..memang penat dan sangat seronok pergi bercuti,berjalan-jalan dengan rakan-rakan,macam-macam tempat kami lawati sampai sakit jugalah kaki ini..akan lebih meriah rasanya kalau kita sekelas pergi bersama-sama,tetapi dimusim cuti,agak susah sedikit untuk semua orang 'available'..tidak mengapalah,mungkin lain kali..
>11hb
Kami tiba di Kuantan,agak lewat juga lebih kurang 10.30malam.Masing-masing kepenatan tetapi seronok dengan percutian yang kami 'organise' sendiri.Setelah siap kemas segalanya,aku terus tidur kerana keesokannya perlu bangun awal!!Kalau tak,terlepas bas lah jawabnye!!
>12hb
Aku dan Yana bersiap-siap untuk ke terminal lebih kurang pukul 7.15pagi dengan bantuan 'dak2 radio' yang time tu nak pergi praktikal..maap menyusahkan..heheh..tak pasal-pasal kena hantar kiteorang plak.ngee~By the way,credits to Farhana Mansor& to Rajna also=)
>...hb
Tarikhnya aku kurang pasti aka x berapa nak ingat..huhu
Aku ni memang jarang sakit,syukur sangat-sangat sebab kalau boleh itulah yang kita nak elakkan, tapi itu semua datang dari Allah,Dia yang menentukan segalanya.Bagi orang-orang yang bersabar,insyaAllah,pahala sentiasa akan bersamanya samaada dalam keadaan susah mahupun senang..Bagi aku, bila sekali aku jatuh sakit,SubhanaAllah, Allah sahaja yang tau betapa sakitnya kesakitan itu..2hari jugalah aku terlantar sakit,apa yang bermain di ingatanku hanyalah kematian..Adakah hari itu merupakan tarikh kematianku??bersediakah aku?pelbagai perkara bermain dimindaku.Resah,gelisah,runsing,macam-macam perasaan timbul menjelma tika itu namun syukur tidak lama kemudian aku kembali sihat seperti sediakala dan dapat membantu emak melakukan rutin harian seperti biasa.Syukur aku masih diberi peluang untuk terus menjadi hambaMu diatas muka bumi ini..Alhamdulillah..
Sebagaimana Rasulullah berpesan,ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
-sihat sebelum sakit
-lapang sebelum sibuk
-kaya sebelum miskin
-muda sebelum tua
-hidup sebelum mati
*manfaatkanlah apa yang kita miliki sebaik-baiknya sebelum semuanya tidak lagi kita miliki.
...JULAI...
>2hb
Memang ramai saudara-mara yang hadir termasuklah jiran-jiran,bertandang ke rumahku..Alhamdulillah,pada pukul 12 tengahari,majlis selesai dan berjalan lancar.Syukur...Tetamu yang hadir mula beransur pulang,makin lenganglah rumahku nampaknya...Aku berdoa semoga semuanya akan berjalan lancar pada suatu hari yang ditetapkan nanti,insyaAllah.
>5hb
Sekali lagi aku sekeluarga menerima berita kematian.Perginya dia tak kembali.Maka kehilangan seorang lagi saudara maraku,dia yang aku panggil MakSu.Perwatakan yang lembut jelas terbayang dimataku tatkala melihat dia terbaring kaku.Hanya bacaan Yassin yang mampu aku sedekahkan disaat itu,semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah.
Berlinangan air mataku tatkala melihat anak-anaknya mengucup hiba ibu mereka buat kali terakhir.Suasana pilu,sayu.Aku tak mampu lagi menahan air mata ini daripada mengalir laju.Mampukah anaknya yang berusia 2 tahun itu memahami kepergian ibunya tika itu?Tangisan anaknya jelas kedengaran,mungkinkah disaat itu dia dapat merasakan ibunya pergi tidak akan kembali lagi.sedih.sangat sedih namun itulah yang pasti setiap diantara kita akan merasai iaitu mati.Semoga kita bersedia menghadapinya suatu hari nanti dan moga kita semua akan ditempatkan dikalangan orang yang soleh&solehah.InsyaAllah..Al-fatihah buat arwah.
>11hb
Hari yang mana kalau boleh aku cuba nak elakkan tapi itu adalah mustahil.
Kalau ikutkan hati,memang tak mahu pulang ke U,tapi perjuangan perlu diteruskan kerana harapan itu perlu aku tunaikan.Hampir menitis air mataku tatkala bersalam-salaman dengan adik-adikku dan juga mak abah.Maklum sajalah 3bulan melekat kat rumah,sayanngya nak tinggalkan keluarga tapi aku sedar tanggungjawab aku belum selesai, aku harus melakukannya,aku harus bersemangat walaupun tiada mereka disisiku.Semoga aku berjaya menggalas harapan besar itu.InsyaAllah.
>12hb
Hari-hari yang aku lalui terasa sunyi sebab mungkin sudah terbiasa bersama mak abah,adik-adik,tinggal kat U terasa jauh dari keluarga.Bila aku tidur,aku nampak rumah,bila bangun tidur,aku nampak rumah,bila makan,aku teringat kat rumah,boleh dikatakan semua benda yang aku lakukan,aku teringat kat rumah.Apakah ini yang dikatakan 'homesick'??huuuu...tidak!!!!!!!!!rindunye umah!!!!!
Posted by ~Miera~ at 2:20 PM 0 comments
Labels: bicara hati