BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Takdir DIA

Assalamualaikum

Teringat semasa kali pertama aku gagal mendapat pekerjaan selepas menghadiri temuduga untuk pertama kali  setelah tamat pengajian, ohh mak aii!!!aku menangis bagai nak rak,orang kata memang  frust menonggeng, sedih sangat-sangat sebab  aku tak dapat kerja itu sedangkan rakan-rakan yang pergi temuduga masa itu kebanyakkannya semua dapat.  Memang susah nak terima kenyataan masa itu, menangis sekuat hati sampai tak ada air mata dah kot. (and of course masa itu tak ada orang dekat rumah!)

Rupa-rupanya, memang Allah merancang yang lebih baik untuk aku.  Namun setiap nikmatnya itu tidaklah mudah, pasti ada ujian disebaliknya.  Berbalik pada kegagalan temuduga tadi, aku lupa untuk berdoa jika pekerjaan itu terbaik untuk aku maka kau berikanlah Ya Allah.  Serius aku 'terlupa'!  Yang aku minta, aku nak kerja 'itu', aku nak kerja 'itu' tanpa tahu sama ada itu yang terbaik untuk aku atau tidak.  So bila dapat tahu keputusan temuduga : anda gagal, sebab itulah kecewa habis!Tergolek terlentang terus..Allahu Rabbi..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”“… (Surah Al Baqarah : 216)

Alhamdulillah ianya tidak lagi berulang untuk kali keduanya kerana kini aku mengerti tidak semua yang kita suka adalah terbaik untuk kita.  Sejujurnya aku telah bersedia untuk jawapan apa sekalipun kerana aku percaya itu semua perancangan terbaik dari Allah.  Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, hanya samaada kita tahu atau tidak tahu hikmah disebalik apa yang berlaku.

#kerana kekangan masa hampir setahun blog ini ditinggalkan..oh kerja!
#kegagalan temuduga untuk kali ke-2 kerana tiada temuduga untuk pekerjaan pertama =)




Sunday, November 10, 2013

ALLAH is the best planner

My life may not be going the way I planned.
But it's going exactly the way Allah has planned.
Indeed Allah is a better planner, the guide.
So, just keep praying and keep moving!!

Wednesday, April 13, 2011

My wish~

Bismillahhirrahmaanirrahim..




I wish

I could be there
&
the person in the picture is me

one day...

Sunday, April 10, 2011

Kurang sabarkah aku?

Bismillahhirrahmaanirrahim

pukul 6.13pm hantar mesej
pukul 6.30pm jumpa kawan sekejap, then terus menuju ke sana
nak pergi ambil order tadi
bila sampai lebih kurang pukul 6.45pm,
intai2, tengok2, xda lagi apa yang aku pesan
ok, xpe...tunggu la kejap
10minit kemudian, tengok lagi kot2 la sudah siap kan
em,xda lagi
ok,fine. tunggu lagi
kul 7pm intai2 lagi, ada x apa yg aku pesan?
still sama, xda juga
ok sabar, tungggguu lg.
panas2!!!berpeluh dah aku tunggu ni
ok tunggu lagi.xpe.sabar~
Dlm hati: kali ni klu xda juga,aku memang nak cancel dah apa yang ak order tadi..
n then baru je ak nak cancel ap yang aku order
then Kak A tanya, adik pesan A ke B?
A...
dalam hati,em nak siap da ni kot
ok tunggu lg
x sampai 2 minit, ok apa yg aku pesan siap!
perghhh tau kul berapa siap?
7.30pm!!!
sejam ok!!!
bukannya setengah jam..
kalau aku pergi ECM, dah sampai bilik semula dah kot..haishh
siap Kak A minta maaf lagi sebab lambat.haha
Kak A: Sorry ye dik lambat
Aku: em, ok..
Padahal tahap menggelegak dah time itu
grrrrr..
nasib baik ada kawan aku seorang ini
SABAR namanya
Alhamdulillah
Alhamdulillah, masih ada kesabaran dalam diri aku
Terima Kasih Ya Allah~

-Al-Baqarah: sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar[2;155]

-Al Ma´aarij: Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik[70;5]


p/s: mood dengar ceramah Ustaz Kazim=)

Friday, April 1, 2011

Risau~

Bismillahhirrahmaanirrahim..


Berita itu belum aku sampaikan kepada mak dan abah.

Runsing pabila memikirkannya, serius..

Yang paling aku tak nak buat apabila hal itu

akan menyusahkan mak dan abah..

Tak kisahlah apa2 hal sekalipun...

Kalau boleh nak cari jalan lain as long as

tak susahkan mak dan abah dan tak melibatkan mereka..

Tapi....macam tak ada cara lain je...sigh..

Setakat ini aku buat tak kisah sahaja pasal hal ini.

Nak fikir exam je dulu.. Serius...

Tapi tak boleh juga just take for granted hal ini...

Fikir2!!


******

Dan tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah

selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah

seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia

lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau

mengatakan kepada keduanya perkataan "ah"dan janganlah

engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada

keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu

terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,

"Wahai tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua

telah mendidik aku, pada waktu kecil."[Al-Isra';23-24]

p/s: tengah susun ayat nak cakap dekat mak..
the person I love most!

Saturday, August 7, 2010

For You








Be Yourself!

Just Be Yourself!

No One is Perfect..

Tuesday, July 27, 2010

~PERLUKAN KETENANGAN~

Kesusahan menuntut seribu kesabaran..

Kepayahan menuntut seribu ketabahan..

Kehidupan menuntut seribu kekuatan..

Kejayaan menuntut seribu pengorbanan..

Tanggungjawab menuntut seribu keikhlasan..

Keputusan perlukan seribu ketenangan~


Aku perlukan ketenangan tika ini,
bebas dari segala apa yang ada disekelilingku,
aku cuba untuk melarikan diri dari suatu keadaan,
namun ada sekelumit kasih yang tak mampu untuk aku tinggalkan
yang memberikan aku anugerah kebahagiaan selama ini

Namun,kebahagiaan itu tidak lagi kurasakan
kebahagiaan itu tidak seperti dulu
kebahagiaan itu semakin pudar
dimanakah kebahagiaan dulu?
apakah ada hikmah disebalik apa yang berlaku??
kembalilah duhai TENANG~

Tuesday, July 13, 2010

Mei....Jun.....Julai....

Assalamualaikum..

Memang sudah melebihi 3 bulan aku tidak menjengah masuk ke blog ni sehinggakan hampir lebih daripada 5x aku cuba untuk mengingati password namun aku tetap gagal.Akhirnya dengan bantuan Google,berjaya juga aku menulis tika ini.Entri kali ini merupakan summary 3 bulan kehidupanku..


...MEI...

>2hb
1 berita yang mengejutkan buat aku,keluargaku dan juga saudara-maraku..Berita kematian nenek saudaraku seakan-akan menjadi trauma bagi kami semua kerana kematiannya agak tragis dan keesokan harinya terpampang di dada-dada akhbar tentang peristiwa itu.Sehari semalam jugalah kami tidak dapat tidur lena sehinggalah kes itu selesai disiasat.Namun,aku rasa tidak perlulah aku ceritakan semuanya disini,biarlah ianya menjadi sejarah bagi kami sekeluarga.Semoga yang baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan.Setiap yang bernyawa pasti akan mati,itu janji Tuhan..Semoga kita bersedia untuk menghadapinya.InsyaAllah.




...JUN...

>9hb
Aku bersiap-siap untuk ke Kuantan kerana pada keesokan harinya aku beserta rakan-rakanku akan menghadiri satu majlis perkahwinan rakan sekelas kami di Terengganu.Tak sabarnya rasa!!;D..Macam tidak percaya pun ada,aishh dah besar rupanya kami semua,umur pun dah 'double 2'..heheh(bersamaan dengan 22)



>10hb
Kami(zizah,Mar,Yana,aku)bersiap-siap untuk bertolak..memang merancang untuk keluar awal tetapi lambat juga akhirnya bak kata orang matahari tu dah tegak berdiri jugalah..heheh..:P(kita hanya mampu merancang..ngee~)..Sebelum bertolak,sempat jugalah kami bersarapan,lain yang dirancang,lain pulak yang kami masak.ish3x.heheh..tak apalah,janji perut diisi dan tidak dibiarkan kosong especially-nye untuk 2 orang driver tu,memerlukan tenaga untuk memulakan perjalanan.heh~

Lebih kurang pukul 3 kami selamat tiba di Dungun,Alhamdulillah sempat melihat akad nikah rakan sekelas kami itu.Hmmm da selamat jadi isteri orang rupanya kawan aku yang seorang ini=)Tahniah kepada Norma,semoga kekal hingga ke akhir hayat=)

Setelah selesai menjamu selera,kami bertolak pulang tapi bukan balik rumah masing-masing lagi tetapi pergi bercuti dulu..hehe..destinasi kami seterusnya adalah Kuala Terengganu..memang penat dan sangat seronok pergi bercuti,berjalan-jalan dengan rakan-rakan,macam-macam tempat kami lawati sampai sakit jugalah kaki ini..akan lebih meriah rasanya kalau kita sekelas pergi bersama-sama,tetapi dimusim cuti,agak susah sedikit untuk semua orang 'available'..tidak mengapalah,mungkin lain kali..


>11hb
Kami tiba di Kuantan,agak lewat juga lebih kurang 10.30malam.Masing-masing kepenatan tetapi seronok dengan percutian yang kami 'organise' sendiri.Setelah siap kemas segalanya,aku terus tidur kerana keesokannya perlu bangun awal!!Kalau tak,terlepas bas lah jawabnye!!


>12hb
Aku dan Yana bersiap-siap untuk ke terminal lebih kurang pukul 7.15pagi dengan bantuan 'dak2 radio' yang time tu nak pergi praktikal..maap menyusahkan..heheh..tak pasal-pasal kena hantar kiteorang plak.ngee~By the way,credits to Farhana Mansor& to Rajna also=)


>...hb



Tarikhnya aku kurang pasti aka x berapa nak ingat..huhu

Aku ni memang jarang sakit,syukur sangat-sangat sebab kalau boleh itulah yang kita nak elakkan, tapi itu semua datang dari Allah,Dia yang menentukan segalanya.Bagi orang-orang yang bersabar,insyaAllah,pahala sentiasa akan bersamanya samaada dalam keadaan susah mahupun senang..Bagi aku, bila sekali aku jatuh sakit,SubhanaAllah, Allah sahaja yang tau betapa sakitnya kesakitan itu..2hari jugalah aku terlantar sakit,apa yang bermain di ingatanku hanyalah kematian..Adakah hari itu merupakan tarikh kematianku??bersediakah aku?pelbagai perkara bermain dimindaku.Resah,gelisah,runsing,macam-macam perasaan timbul menjelma tika itu namun syukur tidak lama kemudian aku kembali sihat seperti sediakala dan dapat membantu emak melakukan rutin harian seperti biasa.Syukur aku masih diberi peluang untuk terus menjadi hambaMu diatas muka bumi ini..Alhamdulillah..

Sebagaimana Rasulullah berpesan,ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
-sihat sebelum sakit
-lapang sebelum sibuk
-kaya sebelum miskin
-muda sebelum tua
-hidup sebelum mati
*manfaatkanlah apa yang kita miliki sebaik-baiknya sebelum semuanya tidak lagi kita miliki.



...JULAI...

>2hb
Memang ramai saudara-mara yang hadir termasuklah jiran-jiran,bertandang ke rumahku..Alhamdulillah,pada pukul 12 tengahari,majlis selesai dan berjalan lancar.Syukur...Tetamu yang hadir mula beransur pulang,makin lenganglah rumahku nampaknya...Aku berdoa semoga semuanya akan berjalan lancar pada suatu hari yang ditetapkan nanti,insyaAllah.




>5hb
Sekali lagi aku sekeluarga menerima berita kematian.Perginya dia tak kembali.Maka kehilangan seorang lagi saudara maraku,dia yang aku panggil MakSu.Perwatakan yang lembut jelas terbayang dimataku tatkala melihat dia terbaring kaku.Hanya bacaan Yassin yang mampu aku sedekahkan disaat itu,semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah.

Berlinangan air mataku tatkala melihat anak-anaknya mengucup hiba ibu mereka buat kali terakhir.Suasana pilu,sayu.Aku tak mampu lagi menahan air mata ini daripada mengalir laju.Mampukah anaknya yang berusia 2 tahun itu memahami kepergian ibunya tika itu?Tangisan anaknya jelas kedengaran,mungkinkah disaat itu dia dapat merasakan ibunya pergi tidak akan kembali lagi.sedih.sangat sedih namun itulah yang pasti setiap diantara kita akan merasai iaitu mati.Semoga kita bersedia menghadapinya suatu hari nanti dan moga kita semua akan ditempatkan dikalangan orang yang soleh&solehah.InsyaAllah..Al-fatihah buat arwah.


>11hb
Hari yang mana kalau boleh aku cuba nak elakkan tapi itu adalah mustahil.
Kalau ikutkan hati,memang tak mahu pulang ke U,tapi perjuangan perlu diteruskan kerana harapan itu perlu aku tunaikan.Hampir menitis air mataku tatkala bersalam-salaman dengan adik-adikku dan juga mak abah.Maklum sajalah 3bulan melekat kat rumah,sayanngya nak tinggalkan keluarga tapi aku sedar tanggungjawab aku belum selesai, aku harus melakukannya,aku harus bersemangat walaupun tiada mereka disisiku.Semoga aku berjaya menggalas harapan besar itu.InsyaAllah.


>12hb
Hari-hari yang aku lalui terasa sunyi sebab mungkin sudah terbiasa bersama mak abah,adik-adik,tinggal kat U terasa jauh dari keluarga.Bila aku tidur,aku nampak rumah,bila bangun tidur,aku nampak rumah,bila makan,aku teringat kat rumah,boleh dikatakan semua benda yang aku lakukan,aku teringat kat rumah.Apakah ini yang dikatakan 'homesick'??huuuu...tidak!!!!!!!!!rindunye umah!!!!!

Friday, April 30, 2010

Sekian Lama

Alhamdulillah,setelah hampir sebulan aku di Terengganu,kini aku kembali ke kampung halaman.Diam tak diam,hampir 4 bulan juga aku meninggalkan rumah tercinta.Wah,tak sabarnye nak sampai rumah.rinduuuu sangat-sangat dah ni....Tapi sebelum balik ke rumah,singgah KL jap..heheh(memang bercuti sakan la ni=P)kih3..

......................................................................................

Dup dap dup dap jantungku..berdebar-debar...hmmm...kenapa pulak ni??heeee~
Biar Allah sahaja yang tau..=)..tak sabar rasanya...

......................................................................................

Sungguh ku akui,aku rindukan teman-teman ku,sahabat seperjuanganku,rakan sekelas ku..huuu...maklumlah apa-apa aktiviti kat U tu,semuanya bersama kawan-kawan...Moga kalian sihat sejahtera semuanya,take care always my dear friend...InsyaAllah kalian sentiasa dalam doaku..

Friday, April 16, 2010

Cuti

Salam pembuka bicara
Assalamualaikum..

rasa cam dah lama x update blog ni,,,hehhe
dalam sedar x sedar dah hampir seminggu jugak aku di bumi Terengganu ni..hehe

asal kt cni plak?npe x blik umah?tu la kebanyakan soalan yg aku trima bla ak gtau kwn2 aku yg aku x blik Raub.hehheh..
dgn selamba aku pon menjawab:balik umah mak mertua;p...kui3(semuanya hanya gurauan semata-mata)hehek..

hmmm tbe2 rindu plak kt uia n juga teman2ku..huhu..rindu juga dekat Gago=).tapi lagi rindu kt family la,of course.heee...x berkesempatan lg nk jmp smpai ke ari ni kerana ada perkara laen yg perlu aku lakukan serta perkara ini juga ak anggap ianya adalah satu pengorbanan daripada aku sementara aku masih di alam cuti..(apakah perkara itu??itu perlu dirahsiakan..heheh)

Tuesday, April 6, 2010

Selesai Sudah

Alhamdulillah..
Akhirnya berjaya juga touch up blog ni..hehe
Agak kepenatan...haha
Thank U very much for 'gago' kerana membantu 'gogo'...sayang gago...

Alhamdulillah juga kerana sem ini sudah pun berakhir dengan last paper semalam,Critical Thinking,telah pun kucuba yang terbaik,semuanya hanya kuserah pada Allah..tawakkal..Moga sem ni lebih baek keputusannya daripada sem lepas..Amiin..

Sem yang berlalu begitu pantas seolah-olah semuanya tanpa kusedari..
Kini hanya menunggu waktu pulang sahaja..tidak sabar rasanya untuk menemui insan tersayang yang rasa agak lama ditinggalkan dan kerap kali berhubung hanya melalui telefon sahaja,rindunya kalian semua...;)

Kepada semua sahabat-sahabat,terima kasih atas tunjuk ajar dan kerjasama kalian semua..Moga semua kenangan indah kita bersama akan terus tersemat dalam ingatan kita semua.All the best for the becoming result.Selamat bercuti!!Take care guys!!
Wassalam~

Tuesday, March 30, 2010

Bosan

bosan
bosan
dan bosan....huhu
xtau la knpa dgn aku ni...mmg mood swing ckit akhir2 ni...xtau knpa...yg pastinya aku x suka sbb mngganggu sgala krja2 aku+mood nk study pun melayang entah kemana...huhu...x suka2!!!
mungkin apa yang mu x suka itu terbaik untukmu Mira...
terimalah dengan hati yang tenang..

Sunday, March 28, 2010

Tabahlah menghadapi..


Ari ni 2nd paper final exam...nampaknya aku kecewa lagi..hmmm tawakkal je la yang termampu aku wat...berserah segalanya pd Allah stelah cbe yg terbaek..tp mmg ak x puas ati lngsung dgn ap yg ak jwb td,ntah ap2 kot..huhu...mmg sgt2 kesuntukan masa..mmg ak x puas ati dgn jwpn ak yg lintang pukang tu...
maknanya mu kna cuba yang lg baik Mira,hidup ini ibarat roda,kadang kala kita dibawah,kadang kala kita di atas..jadi,berusaha!!

Thursday, March 25, 2010

satu permulaan..

Ari ni start first final exam paper...
huu frustrated,wlpn rsult lmbt lg kua,tp ak da dpt bdgt mcm mna kptsnnya.satu permulaan exam yg susah bagi aku..
xpe Mira,tu mknanya mu kna usaha lg...kuatkan usaha untk next paper ni...chayok2!!
klu soklan exm gtu tu pon dah susah,apetah lg di alam realiti nnt,i mean time kja nnt...huu menyeramkan plak...da x lma dah..pejam celik pejam celik,da nk msuk 3rd year...huuu.pantasnya masa berlalu...rasa cm baru je start sem 1 year 2..huu lg...
ape2 pon,yg penting sntiasa usaha untuk jd yg terbaik n lbh baik dr sblmnya..
berjuang itu memang susah tp pasti akn jmpa kmanisannya suatu ari nnt...insya Allah...try ur best!!chayok2!!

Friday, March 19, 2010

aku percaya

Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya...
rupa2nya mlm ritu Allah hadiahkan aku 1 kegembiraan pd aku stelah aku dlm kesedihan..sesungguhnya kegembiraan dan kesedihan adalah satu ujian dari Allah...

Thursday, March 18, 2010

My First Entry;down...

Alhamdulillah..
Akhirnya berjaya jugak aku wat blog ni...
sekadar untuk meluahkan perasaan yang terbuku..
aku kira ari ni merupakan ari yang paling sedih buat aku,rasa sangat down,very upset=(
tiba2 terasa ada beban yang sedang dipikul yang tersangat berat dan x mampu lagi untuk aku galas..
sehinggalah pada satu saat,menitis jua akhirnya air mata aku yang setelah sekian lama berkolam dimata jernihku..
setelah beberapa minit,terasa sedikit kelegaan walaupun semuanya belum berakhir semua beban yang aku pikul..
at least,release a little bit..
aku tau Allah x kan uji hamba2NYA melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka.Oleh itu,aku harus tabah..
musim2 exam macam ni,biasa la tu(walaupun sbnrnya x start pn lg exam)ditambah pulak dgn report+case study yang perlu disiapkan dan perlu dihantar esok..trasa sgt berat dan tu semua adalah satu ujian untukmu Mira...Chayok!!
lbih kurang kul 3lbih,berakhirnya kelas RKUD untuk ari ni.B4 that,Ustaz bagi result mid term paper...bila aku tengok result aku,hancur luluh kurasa jiwaku ini..aku rasa ni lah markah yang paling teruk yg aku dapat untuk sem ni.Astagfirullahalazim...knapa ni Mira?knp bley jd mcm ni??bukankah mu dah buat yang terbaik??
bila aku cek2 balik,aku memang kurang berpuas ati dgn result sndri,tiba2 terlihat suatu peluang.
"yang ni 7 ke 8 sbnrnya?"hatiku bermonolog.
..lalu,ak berjumpa Ustaz untuk dapatkan kepastian..
at least dpt tambah markah ckit.hehe=)
Akhirnya Alhamdulillah,ada yang Ustaz tersalah tanda n aku dapat tambah cikit markah aku..Terima kasih Ya Allah,at least better than b4.walaupun hanya 1 markah,ianya sangat berharga..chayok!! you can do it Mira!!teruskan perjuanganmu hingga ke garisan terakhir!!