Assalamualaikum
Teringat semasa kali pertama aku gagal mendapat pekerjaan selepas menghadiri temuduga untuk pertama kali setelah tamat pengajian, ohh mak aii!!!aku menangis bagai nak rak,orang kata memang frust menonggeng, sedih sangat-sangat sebab aku tak dapat kerja itu sedangkan rakan-rakan yang pergi temuduga masa itu kebanyakkannya semua dapat. Memang susah nak terima kenyataan masa itu, menangis sekuat hati sampai tak ada air mata dah kot. (and of course masa itu tak ada orang dekat rumah!)
Rupa-rupanya, memang Allah merancang yang lebih baik untuk aku. Namun setiap nikmatnya itu tidaklah mudah, pasti ada ujian disebaliknya. Berbalik pada kegagalan temuduga tadi, aku lupa untuk berdoa jika pekerjaan itu terbaik untuk aku maka kau berikanlah Ya Allah. Serius aku 'terlupa'! Yang aku minta, aku nak kerja 'itu', aku nak kerja 'itu' tanpa tahu sama ada itu yang terbaik untuk aku atau tidak. So bila dapat tahu keputusan temuduga : anda gagal, sebab itulah kecewa habis!Tergolek terlentang terus..Allahu Rabbi..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”“… (Surah Al Baqarah : 216)
Alhamdulillah ianya tidak lagi berulang untuk kali keduanya kerana kini aku mengerti tidak semua yang kita suka adalah terbaik untuk kita. Sejujurnya aku telah bersedia untuk jawapan apa sekalipun kerana aku percaya itu semua perancangan terbaik dari Allah. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, hanya samaada kita tahu atau tidak tahu hikmah disebalik apa yang berlaku.
#kerana kekangan masa hampir setahun blog ini ditinggalkan..oh kerja!
#kegagalan temuduga untuk kali ke-2 kerana tiada temuduga untuk pekerjaan pertama =)
Monday, November 11, 2013
Takdir DIA
Posted by ~Miera~ at 11:21 PM
Labels: bicara hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment