BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 3, 2010

Kanak-kanak berusia setahun maut tercampak dari kereta

2010/08/03
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut apabila dia tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu oleh bapanya yang dilanggar kereta lain di KM 101.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, semalam.

Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata Lau Hau Kang yang berusia setahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Lanchang akibat kecederaan parah di badan.

Beliau berkata, nahas berlaku pada 11.10 pagi apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya yang berusia 38 tahun dari Raub ke Kuantan, dirempuh dari belakang oleh kereta lain.

"Kenderaan pacuan empat roda tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan sebelum terbalik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mangsa dan ibunya telah tercampak keluar dari kenderaan itu manakala bapa mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Beliau berkata ibu mangsa cedera parah dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital manakala bapanya hanya cedera ringan. - BERNAMA

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kanak-kanakberusiasetahunmauttercampakdarikereta/Article/index_html

Kejadian yang berlaku ini rupa-rupanya apa yang aku lihat dari tingkap bas Transnasional semalam(02/08/10),sekembalinya aku pulang dari kampung halaman menuju ke Kuantan yang melalui Lebuhraya Pantai Timur(LPT).Memang real.Memang agak mengerikan.Memang teruk kereta yang dipandu itu terbabas,boleh dikatakan separuh remuk dibahagian hadapan dan kelihatan si ibu terbaring di atas jalan raya dengan badan berlumuran darah sambil ditemani suaminya disisi,mungkin menunggu ketibaan ambulans ketika itu.Tapi tidak pula aku kelihatan anak mereka..Sungguh menyedihkan,anak yang baru berusia setahun telah kembali ke pangkuan Pencipta..Namun,inilah yang dikatakan takdir;ajal,maut,jodoh pertemuan ditangan Tuhan~

Setiap yang hidup,pasti akan mati.Tidak akan ditangguhkan atau dicepatkan walaupun hanya satu saat.Itu janji Tuhan..Moga kita semua bersedia untuk menghadapinya..Amiin..

0 comments: