BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Tetap akan pergi~

Bismillahhirrahmaanirrahim..

Mahmud al-Bahili mengatakan,

Ingat, dunia itu fitnah bagi seseorang,

Tiap saat dia pergi dan datang,

Jika pergi sabarlah dan jika datang bersyukurlah.

Dunia Tetap Akan Pergi

Sesetengah ulama mengatakan, "wahai sekalian manusia, berhati-hatilah, takutlah kepada Allah, jangan terpaut oleh angan-angan yang indah-indah sehingga lupa ajal. Jangan kau buru dunia. Ia adalah pengkhianat dan penipu belaka. Dengan bijaknya ia menipu dan memfitnahmu. Ia bermanis-manis kepada pelamarnya bagai pengantin yang dihias. Mata memandangnya, hati jatuh cinta dan jiwa menanggung rindu padanya. Bertapa banyak yang rindu padanya dibunuh, yang menginginkannya dihina. Pandanglah ia dengan mata hakikat. Ia rumah yang banyak menyimpan kebusukan."

Manusia itu dalam bahaya. Jika tidak mahu berfikir dan memandang dunia dengan mata hati, maka amat rugila hidupnya. Bersama-samalah beramal untuk akhirat. Jangan jadi pemuja dunia semata. Dunia itu adalah kesenangan yang sedikit berbanding akhirat seperti dalam al-quran ada dinyatakan:

ٱللَّهُ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُ‌ۚ وَفَرِحُواْ بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعٌ۬
"Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia itu (berbanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)". (surah Ar-Ra'd: 26)

Adakah harta kekayaan kita membuatkan kita lupa dan leka kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT?Adakah ia berkat atau istidraj?

Sumber: http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2020-jangan-memuja-dunia.html


Thursday, March 31, 2011

Senyum sokmo=)

Bismillahhirrahmanirrahim..

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”

Senyum Lagi

Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.

Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.

Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”

Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”

Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah!!!”

Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu : “ Tersenyumlah!!!”

Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam,

“anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.”

Bukankah itu indah?

Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita!

Nabi Sulaiman tersenyum kepada semut!

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
"Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: ""Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh" (Surah An-Naml 27: Ayat ke 19)

Sumber:http://www.iluvislam.com/design/facebook/1994-senyum-itu-sunnah.html

Monday, March 28, 2011

Appreciate!

Assalamualaikum!!
Tetiba excited pula rasanya..hehe
Alangkah bagusnya jika lelaki menghargai kaum wanita.Kan??
Tak semua lelaki tidak menghargai kaum wanita...
(ibu,isteri,kakak,adik perempuan=wanita)

Terutamanya wanita yang bergelar isteri mereka sendiri.
Wanita yang bergelar ibu kepada anak2 mereka sendiri
(Apesal cite pasal ini pula ini??hehe)
Entah tiba2 je rasa nak tulis pasal benda ni
Kalaulah kaum lelaki betul2 menghargai kaum wanita,perkara2 macam sepak terajang,pukul sana,pukul sini tak kan berlaku,kan?
Bukankah akan aman dunia?(dunia rumahtangga)
Kalau nak mengajar isteri pun,ada cara2 yang sepatutnya kan,bukan main suka hati je boleh angkat tangan,angkat kaki..
Banyak yang kaum wanita alami tidak dialami oleh lelaki.Ce bagi contoh??
Contohnya sakit melahirkan anak,sakit during menses dan macam2 sakit lagilah..Tak tertanggung sakitnya semua ini.(sakit hati boleh masuk sekali tak??)
Sakit tu bukan sekali je,tapi tiap2 kali melahirkan anak,tiap2 kali during menses,kaum wanita ini akan mengalaminya.Peritnya hanya Tuhan yang tahu.
Tapikan rasanya semua wanita akan mengalaminya tapi tak semua akan merasainya..(paham?)
Tak kesiankah dekat insan yang bergelar wanita ini?At least,hargailah mereka.
Tunjukkan kasih sayang anda kepada mereka,tak kisahlah dengan macam mana cara sekalipun(untuk yang sudah berkahwin sahaja ye) tapi bukan dengan sepak terajang sampai patah sana patah sini..
Kalaulah bagi lelaki yang rasa semua kesakitan ini,sanggupkah mereka ek??
Tapi banyak pahala untuk kaum wanita ini jika mereka bersabar dengan semua ini,InsyaAllah...

Hayati bait-bait kata dibawah:

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

[Dehearty,wanita]
p/s:kerana aku juga wanita..

Thursday, April 1, 2010

Ikhlaskah kita??

SEIKHLAS KELAPA TUA
Sumbangan azzahrah pada Isnin, 15 Ogos 2005 @ 8:19:51

KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.
Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. GUgur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.
Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.
Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.
Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”
“Oh, sedap ikan bawal ni!”
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.
Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.

Ikhlaskah kita selama kita hidup dimuka bumi Allah ini dalam melakukan segala pekerjaan,ibadah,tugasan??Hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya..Sama-sama kita renung-renungkan dan cuba untuk jadi yang terbaek..InsyaAllah=)