BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 14, 2013

Masih ada

Assalamualaikum..

Dua hari lepas berkesempatan pergi ke pasar malam di Jerteh,Besut..
Memang kesemua peniaganya terdiri daripada orang Melayu Muslim..Setakat ini memang tak jumpa lagi peniaga warga asing
Agak terkejut sebenarnya, dengan RM10 macam-macam makanan boleh didapati disini.
Sangatlah murah harga makanan, memang agak jauh beza dengan kota rayaku, tempat aku mencari rezeki sebelum ini..
Gambar-gambar dibawah hanyalah sekadar hiasan ye=)


ABC dengan hanya harga RM1 sahaja


Ayam percik/panggang: RM2 sahaja


Kwayteow goreng: RM1 sahaja (tetapi portionnya memang sesuai dengan harga)


Laksa Penang: RM2 sahaja

Memang beruntung sangatlah siapa yang tinggal dekat sini, memang sepatutnya boleh berjimat sebab harga makanan murah-murah, tetapi bahaya juga sebenarnya sebab lagi murah lagi banyak nak beli, tak ke?hee...Nafsu tu..

Hari itu ada jugaklah tinjau2 bazar kar situ, nasi beriani, nasi ayam RM2 sahaja, kat Kolumpo hado??memang tak hado la rasanya kan,,,terkejut jap, masih ada harga sedemikian rupa walaupun harga barang makanan kat Malaysia ini semakinlah bertambah kan..

Duduk kat area sini baru terasa macam duduk kat negara sendiri=)


141112
Jerteh

Monday, November 11, 2013

Takdir DIA

Assalamualaikum

Teringat semasa kali pertama aku gagal mendapat pekerjaan selepas menghadiri temuduga untuk pertama kali  setelah tamat pengajian, ohh mak aii!!!aku menangis bagai nak rak,orang kata memang  frust menonggeng, sedih sangat-sangat sebab  aku tak dapat kerja itu sedangkan rakan-rakan yang pergi temuduga masa itu kebanyakkannya semua dapat.  Memang susah nak terima kenyataan masa itu, menangis sekuat hati sampai tak ada air mata dah kot. (and of course masa itu tak ada orang dekat rumah!)

Rupa-rupanya, memang Allah merancang yang lebih baik untuk aku.  Namun setiap nikmatnya itu tidaklah mudah, pasti ada ujian disebaliknya.  Berbalik pada kegagalan temuduga tadi, aku lupa untuk berdoa jika pekerjaan itu terbaik untuk aku maka kau berikanlah Ya Allah.  Serius aku 'terlupa'!  Yang aku minta, aku nak kerja 'itu', aku nak kerja 'itu' tanpa tahu sama ada itu yang terbaik untuk aku atau tidak.  So bila dapat tahu keputusan temuduga : anda gagal, sebab itulah kecewa habis!Tergolek terlentang terus..Allahu Rabbi..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”“… (Surah Al Baqarah : 216)

Alhamdulillah ianya tidak lagi berulang untuk kali keduanya kerana kini aku mengerti tidak semua yang kita suka adalah terbaik untuk kita.  Sejujurnya aku telah bersedia untuk jawapan apa sekalipun kerana aku percaya itu semua perancangan terbaik dari Allah.  Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, hanya samaada kita tahu atau tidak tahu hikmah disebalik apa yang berlaku.

#kerana kekangan masa hampir setahun blog ini ditinggalkan..oh kerja!
#kegagalan temuduga untuk kali ke-2 kerana tiada temuduga untuk pekerjaan pertama =)




Sunday, November 10, 2013

ALLAH is the best planner

My life may not be going the way I planned.
But it's going exactly the way Allah has planned.
Indeed Allah is a better planner, the guide.
So, just keep praying and keep moving!!