BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 30, 2011

Fitrah manusia~


...Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang 

melabuhkan cintanya padaMu,

agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu


Ya Muhaimin,


jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya 

tertaut padaMu

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... 



Ya Rabbana ,

jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak 


berpaling daripada hatiMu..... 


Ya Rabbul Izzati ,

jika aku rindu ,


rindukanlah aku pada seseorang yang merindui 

syahid di jalan Mu.... 


Ya Allah ,

jika aku menikmati cinta kekasihMu

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

bermunajat di sepertiga malam terakhirMu 



Ya Allah ,

jika aku jatuh hati pada kekasihMu

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru 


manusia kepadaMu.... 


Ya Allah

jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu

biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku 


pada cinta hakiki dan rindu abadi

 hanya

kepadaMu.......

Amin.....

Friday, December 23, 2011

SIMPLE BUT...

Assalamu'alaikum~

Wie geth es dir? = Ni hao ma?
Hope everyone in a good condition.Praise to Allah=)Alhamdulillah=)

1 simple questions:
Biasa tiap-tiap hari makan ada ambil sayur tak?buah?
(setakat sayur dgn buah pun nak tanya ke??benda simple la)


Simple kan,nampak remeh je
Ramai orang yang tak suka sayur,betul ke?

Sebab apa?Pahit?or?
Macam-macam jenis sayur available..No excuse~;P

Tak suka sebab dari kecil tak makan sayur?
Cuba try makan sekarang, tak cuba mana tahu..(sekarang sudah besar kan?)
cuba biasakan yang tak biasa=)

According to Malaysian Dietary Guidelines, 2010
we are encourage to eat plenty of fruits and vegetables everyday.

Plenty here defined by frequency and quantity.
Using frequency, it means as often as possible and
using quantity means at least two servings of fruits
and three servings of vegetables everyday.


Why we need to take fruits and vegetables?What is the benefits?
Memang tidak dinafikan sayur dan buah-buahan sangat banyak
mineral dan vitamin tapi kali ini nak cerita pasal kebaikan sayur
dan buah ini dari segi fiber atau serat.

Before that, what is fiber??
There are two types of fiber which is: dietary fiber refers to intact plan components that are not digestible by gastrointestinal enzymes while functional fiber is nondigestible carbohydrates that have been extracted or manufactured from plants.

Dietary fiber can be divided into soluble fiber and insoluble fiber.

INSOLUBLE FIBER

Generally, it increase the water holding capacity of undigested material and lead to increase fecal volume and decreased GI transit time --> prevent constipation problem

Food sources: Fruits, vegetables, whole grains, bran

SOLUBLE FIBER

It can form gels, resulting in slowed GI transit time and slowed or decreased nutrient absorption --> provides satiety

It binds other nutrients such as cholesterol and minerals and decreased absorption of these
--> decrease serum cholesterol

Food sources: Oats, legumes, barley, citrus fruits


Chronic disease such as Diabetes Mellitus Type II, Cardiovascular disease, certain cancer has been linked with low consumption of fruits and vegetables.

For most cancers, people who ate the least amount of fruits and vegetables had about twice the risk of cancer compared to those who ate the most fruits and vegetables.

Non starchy vegetables probably protect against cancer of mouth, pharynx, larynx, oesophagus and stomach.

Fruits in general probably protect against cancer of mouth, pharynx and larynx, oesophagus, lung and stomach.

Increasing intake of fruits and vegetables may reduce long-term risk of obesity and weight gain


Krauss Mahan, 2008
Malaysia Dietary Guidelines, 2010



p/s: tak lengkap makan kalau tanpa sayur;D

Sunday, December 4, 2011

Takdir hidup~

Assalamu'alaikum.
.
Hospital Acquired Infection
Also known as Nosocomial Infection. An infection whose development
is favoured by a hospital environment, such infections includes fungal
and opportunitist bacterial infections.
Oxford Medical Dictionary,2007


Sesiapa pun boleh terdedah dengan macam-macam jangkitan kan?
Termasuklah orang yang sihat walafiat.Hari ini kita 'segar-megar' berjalan, tiba-tiba esok terlantar sakit.Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada kita hari esoknya melainkan Sang Maha Pencipta.Yang kita mampu hanyalah menjaga kesihatan sebaik mungkin dan berdoa semoga diberi nikmat sihat senantiasa. Tapi kalau sudah jaga kesihatan, tapi tetap jatuh sakit, itulah yang dinamakan takdirNYA.Kita perlu yakin semua yang berlaku telah pun ditetapkan walaupun perit untuk kita alami.Tiada siapa tahu nasib kita di kemudian hari.InsyaAllah,jika kita sabar pasti ada rahmatNYA untuk kita.Kan sakit juga sebagai salah satu cara penghapus dosa.Baru sikit Allah uji, sudah mengeluh.Astagfirullah.Sangat kecil ujian itu berbanding dosa-dosa kita.Moga dengan ujian Allah, kita lebih dekat denganNYA, selalu mengingatiNYA.Kebanyakkan kita, bila susah baru ingat Allah. Bila senang?Ada kita ingat DIA tak?Alhamdulillah kalau ada.Jika kita sentiasa ingat pada DIA,DIA juga akan mengingati kita tika kita susah dan senang.Hidup ini sementara, kebahagiaan yang sementara,kehidupan yang kekal abadi adalah di alam SANA.Banyak lagi fasa yang kita perlu tempuh sebelum tiba diSANA.Sekarang baru fasa DUNIA.

Hanya orang yang sakit mengetahui nikmatnya sihat, hanya orang yang sudah tua tahu nikmatnya masa muda, hanya orang yang ditimpa bencana tahu nikmatnya selamat, hanya orang yang mati tahu nikmatnya hidup.

Moga setiap detik masa kita bukanlah sia-sia~


Wednesday, November 30, 2011

Kenapa masih solo?

Assalamu'alaikum..


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/838-kenapa-aku-masih-solo.html

Thursday, November 10, 2011

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum..

Salam Aidil Adha kepada semua..mohon maaf atas segala salah dan silap dari insan kerdil ini
Berzaman sudah tak mengemaskini laman ini..maaf sekali lagi..
hanya mampu menjenguk untuk seketika tanpa sempat mencoretkan sesuatu

Apa khabar kalian?Alhamdulillah jika masih diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi ALLAH ini..Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, ayat yang biasa kita dengar kan?Moga ianya bukanlah sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri

Kalau tak ada kerja pun susah hati, kalau ada kerja pun susah hati..Banyak sangat kerja sampai rasa macam malas dah nak fikir..tak boleh2!!! mesti kena buat..MOTIVASI..itu yang aku perlu sekarang ini....

Jadikanlah Aidil Adha kali ini sebagai salah satu titik untuk terus berkorban demi masa depan!!!

Tahniah kepada kakakku dan sepupu2 ku yang baru sahaja melahirkan bayi pertama=)Moga jadi anak yang soleh dan solehah demi menegakkan agama..

Haa hari raya haji ini, mesti daging kat dapur tu tak habis2 lagi kan..kena beringat juga tu..jangan makan daging sampai tak ingat jaga kesihatan=)kolesterol2!!!hee
'makan hari ini je pun, tak kan esok terus naik kot kolesterol???'
haa disebabkan kesan dia kita tak nampak terus la kita kena jaga,sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan??hari ini makan sikit, esok makan sikit, lusa makan sikit, maka semakin bertambah lah kolesterol dan lemak-lemak itu..tak gitu?
*Lemak dan kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung..

Untuk pengetahuan kawan-kawan saya( not dietetics students), lemak ini kita boleh dapat dari makanan yang sumbernya tumbuhan dan haiwan, manakala kolesterol adalah dari apa-apa makanan yang sumbernya HAIWAN, tak kisah lah haiwan apa-apa pun..jadi, bila makan perlu sentiasa beringat..apabila berlebihan, ianya akan MEMUDARATKAN kita...kesihatan kita..bila dah memudaratkan, nak kena kawal mcm2,nak kena g hospital,klinik.. x ke susah tu..jadi mencegah lebih baik daripada merawat..BERSEDERHANALAH DALAM MELAKUKAN APA-APA PERKARA SEKALIPUN.ok??[panjang pulak berleter kat sini ye,mohon maaf..sekadar sedikit perkongsian sebagai peringatan kepada rakan-rakan dan diri sendiri=)]

sangat merindui untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat tatapan semua dan juga sebagai peringatan kepada diri sendiri~

p/s: gago,kite dah jadi family dietitian masa kat kg ;D

SALAM AIDIL ADHA
10/11/2011
KB

Friday, September 30, 2011

Happy to know that

Assalamu'alaikum...

Lama betul tak menjengah rumah ku yang satu ini..
Apetah lagi sekarang ini sibuk dengan fasa klinikal
sebagai pelajar tahun akhir Dietetik
Sangat gembira dengan perkhabaran kawan-kawan
sekolah yang akhirnya berjaya menamatkan pengajian masing-masing.
Dah konvo korang semua eh?Congratz everyone!
Good luck juga untuk korang yang berjuang menyambung Master. All the best!
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua=)

Yang dah kerja itu, kerja elok-elok ye..
simpan duit siap-siap,esok kawin jangan lupa anta kad ye..hee
Bekerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seperti kamu akan meninggal esok hari (pesanan untuk diri sendiri)

Orang yang beriman akan diuji dengan 5 perkara:
1.orang kafir yang sentiasa memusuhi
2.orang munafik yang sentiasa tidak menyukai
3.orang beriman yang sentiasa mendengki
4.syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia
5.nafsu yang sentiasa mengajak untuk berbuat salah

Friday, May 20, 2011

Sekian lama

Assalamualaikum


Rindu sama kamu2 semua..
Sebulan lebih sudah tak menghapdate blog..sekarang baru berkesempatan..=)
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sepanjang seminggu berpraktikal dekat HSJ(Hospital Seberang Jaya,Pulau Pinang)
Moga minggu yang mendatang akan memberi lebih banyak pengalaman baru..
All the best untuk kawan2 semua
Sampai disini dulu utusanku..hee
moga bertemu lagi=)
Take care everyone!