BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 30, 2010

Update~

Bismillahhirrahmanirrahim

Exam~
Alhamdulillah berakhirnya satu paper hari ini,netball.heheh..Even hanya 10markah still kena buat yang terbaik.This is second paper for netball actually.Aja!!5 more paper left.

Surat cinta~
Semalam aku dapat surat cinta.Yes!!!surat cinta!!!tak pasal-pasal nak kena pergi 'date' dengan kakak mahallah office minggu depan.huhu..haa tu la salah siapa kan?salah diri sendiri!!lain kali buat lagi and tak semena-mena bakal melayanglah duit kesayanganku..kui3

Update kahwin~
Yep!kahwin!!tapi bukan majlis kahwin aku la..majlis kahwin my only sister on 23rd Oct 2010..Alhamdulillah dengan sekali lafaz,maka kakakku sah bergelar isteri kepada suaminyalah.ngee~Maka bertambahla ahli keluargaku.heee.Syukur semuanya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah.Semoga perkahwinan yang dibina kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amiin...




Monday, October 25, 2010

Harapanmu~

Air mata mengiringi pemergianku

Rasa tak sanggup untuk berpisah walau seketika

walaupun itulah hakikatnya yang harus diterima

Perjuangan perlu diteruskan

Harapan besar menantiku

Perjuangan&pengorbanan memang tak boleh dipisahkan

Chayok!!!

Sunday, October 17, 2010

Demi masa~



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

1.Demi masa

2.Sungguh,manusia berada dalam kerugian,

3.kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati

untuk kebenaran dan

saling menasihati untuk kesabaran.


P/s:Hargailah setiap masa yang anda ada kerana ia tidak mungkin akan berulang kembali.



Thursday, October 14, 2010

Tolong&Terima Kasih~

Assalamu'alaikum..


"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.

"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.

"Cheers!" Dia membalas.

Dalam satu kejadian lain,

"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.

"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.

"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~

Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.

*****

Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.

"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.

Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.

Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.

"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.

"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.

"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"

"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."

Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.

Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.

Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.

Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.

"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.

Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.

Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?

Orang berbudi, kita berbahasa..kan?

Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.

Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"

Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"

Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.

Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?

Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.

Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."

Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."

Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.

Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.

Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!

Manners are not born with us, they are acquired.

Source:http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/936-kehebatan-perkataan-tolong-dan-terima-kasih.html

Monday, October 11, 2010

Dekat dihati~

Assalamu'alaikum..

A part of us


DnT family yang tidak mungkin akan aku lupakan

Kebahagiaan,kesedihan,keperitan,kesibukan,

kerjasama dan pengalaman yang berharga

akan terus terpahat dalam sanubari

Disini ketenangan diri kutemui

Disini juga kebahagiaan kurasai

Jutaan terima kasih kepada semua family DnT atas segala-galanya

Sepanjang setahun aku bersama DnT,

memang banyak pengalaman dan ilmu kuperolehi,

cuba untuk menjadi seorang yang multi-tasking,

dapat mengenali adik-adik DnT,

Pelbagai orang,pelbagai karenah diri

DnT satu platform yang lebih mendekatkan aku dengan cinta hakiki,

ilmu Akhirat,dan bukan hanya ilmu duniawi

Kepada Allah jualah tempat kembali

Disini aku belajar dari kesilapan

untuk memperbetul kekurangan diri,memperbaiki kelemahan diri

Mengenali siapa diri ini

Manusia tiada siapa yang sempurna

Itu sememangnya aku mengerti

Komitmen yang terbaik telah kita beri

Moga semuanya diredhai dan mendapat keberkatan Ilahi

Epilog sebuah pertemuan,monolog sebuah perjuangan

May Allah bless all of you,family DnT=)

Memang sebak tatkala setiap orang perlu berkata-kata

Alhamdulillah,aku mampu menahan rasa hiba tatkala itu

mungkin kerana itu merupakan kali terakhir aku bersama DnT

walau apapun semuanya ketetapan Ilahi

moga kita akan dipertemukan lagi

jika tidak di dunia

mungkin di Akhirat nanti

Seinfiniti terima kasih atas segala nasihat,

tunjuk ajar dan kebahagiaan yang kalian berikan

yang tidak mungkin akan aku lupakan

Mohon maaf atas segala kekhilafan diri

Kepada Walid&Anis:

YOU ARE THE BEST

DnT dekat dihati=)

Tuesday, October 5, 2010

CONVEST 2010~

Assalamu'alaikum..

2-3hb 10,kami(Mar,Zizah,K.Kiah,and Me) telah bermusafir ke Gombak.Untuk mengurangkan kekecewaan hati yang tak dapat pergi sebab plan untuk ke CONVEST sehari sebelum itu tak menjadi,akhirnya sampai juga keesokkan harinya.

Tapi tak se'kecewa' student-student Audio and RDI la kan;P..takpe2..memahami...i'll also feel the same if the same thing happened to me.Kita merancang,Allah yang menentukan=)

Teruja tengok student-student yang dah graduate,berpakaian kemas,cantik dan segak dengan jubah UIA warna hijau hijau biru tu kan.Memang terasa tak sabar nak grad=)

Langkah masih jauh,perjuangan perlu diteruskan, bermotivasikan semangat dari Gombak.Ayuh!!Kita teruskan perjuangan kita kawan-kawan!!!Tak lama dah nak habis kan.Pejam celik,pejam celik,sekejap je kan..Chayok2!!

Dah berkesempatan pergi CONVEST,memang tak melepaskan peluang la nak pergi STABAZ 2010(Stall And Bazar 2010)..Memang tak berhenti berjalan..perempuan,biasalah kan..tengok yang itu berkenan,tengok yang ini berkenan,tak tau lah yang mana satu tak berkenan..kui3:D

Kesian K.Kiah,sampai sekarang,sakit kaki lagi ye..heheee.Apa-apa pun,ni ada sikitla
gambar-gambar dekat sana.Enjoy the pictures!!!=)

-Masjid UIA tersergam indah-


*bling bling*


Haa pilih pilih!!Nak yang mana satu??;p


-Chocolate Fair-


K.kiah,Mar,Zizah:Banyak sangat bunga ni,nak pilih yang mana satu???Confuse2!!


Ehem ehem,siapakah empunya kereta ini..heh;D

Sekian,Convest 2010..Moga bertemu lagi Convest 2012=)Insya Allah..

Bersabarlah Duhai Hati~

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.


Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.


Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)


Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)


Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)


Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)


Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)


Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Sumber:Iluvislam.com