BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 2, 2012

ALHAMDULILLAH

Bismillahhirrahmaanirrahim...



Alhamdulillah 2012 telah pun membuka jendela

Alhamdulillah DIA masih meminjamkan kita nafas

Alhamdulillah kita masih diberikan kudrat

Alhamdulillah kita masih diberi peluang

peluang untuk terus berbuat kebaikan

peluang untuk terus berbuat kebajikan

peluang untuk terus berbakti

peluang untuk terus memberi

peluang untuk terus memperbaiki diri

Alhamdulillah....

kerana kita adalah manusia

manusia yang sering lupa dan alpa

yang kadangkala hanyut dengan bisikan syaitan yang tak pernah alpa

untuk menyesatkan kita

yang kadangkala kita tewas

mengikut emosi tak tentu hala

bertindak diluar kewarasan akal kita

Alhamdulillah

DIA sentiasa bersama kita

sentiasa menyedarkan kita

tidak pernah melupakan kita

DIA sentiasa mambangkitkan kita dari lena yang panjang

DIA sentiasa bersama kita tika kita susah dan senang

namun adakah kita sentiasa bersamaNYA tika kita susah dan senang??

moga hidayahNYA sentiasa bersama kita

Amiin Ya Rabb

ALHAMDULILLAH

Terima kasih YA ALLAH

p/s: moga rahmat ALLAH sentiasa bersamamu dan keluarga=)
Terima kasih atas segala jasa baik. Jasamu dikenang.Moga persahabtan ini sampai ke syurga=)

Aku akan merindui untuk berkunjung ke rumah itu lagi=)