BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 26, 2011

The best gift!


Kenapa kadang-kadang terlalu sukar untuk memaafkan?

Kenapa kadang-kadang terlalu sukar untuk melupakan kesilapan seseorang?

Apatah lagi jika ianya terlalu pedih dan perit untuk kita yang merasainya

Yang menghadapi segalanya bersendirian

Walaupun telah cuba yang terbaik untuk tidak mengingatinya

Namun kadang-kadang tetap berlegar-legar dikotak fikiran

Bukankah memaafkan itu lebih mulia?

Belajarlah untuk memaafkan

Nescaya tiada kerugian yang menimpa

Sedangkan Nabi boleh memaafkan umatnya

Inikan pula kita insan biasa

Belajar, belajar dan belajarlah!

p/s: Muhasabah diri...

Sabar boleh tak??

Bismillahhirrahmanirrahim..

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

Sumber:

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1877-sabar-itu-perlu-setiap-masa.html

Tuesday, March 22, 2011

Cinta Allah~


"Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" (Riwayat Ahmad)

Monday, March 21, 2011

Life is too short to regret~

Bismillahhirrahmanirrahim...



Tanpa disedari ia hampir ke garisan penamat
Hanya 1/4 daripada perjalanan itu bakal ditempuhi
Hari demi hari....
Susah dan senang....
Suka dan duka.....
Jerit dan perih....
Hilai dan tawa....
Kita telah tempuhi bersama
Simpulan itu bakal kau rungkai sedikit demi sedikit
Suasana yang berbeza bakal kau tempuh tidak lama lagi
Bersediakah engkau???
Walaupun ini bukanlah apa yang kau impikan
Dan tidak pernah terdetik sedikit pun untuk berhadapan dengan situasi ini
Tapi itulah perancangan DIA Yang Maha Kuasa
Perancang Terbaik !!
Yang berkuasa menentukan segalanya
Yang menentukan takdir kita
Siapa kita dan dimana kita....

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan keupayaannya=)[Al-Baqarah:286]"

Sunday, March 20, 2011

Netball Tournament~

Bismillahhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, finally we managed to organize Netball tournament on 20th of March 2011 even with many obstacles and problems plus on the day of the event it is raining!!!Alhamdullillah it just for a while, and the game continue.....

Congratz to the winner:
1st place : IIUM Medic/Nursing
2nd place : Kolej PolyTech Mara(staff)
3rd place : Kolej PolyTech Mara (student)
4th place : IIUM sciences

Congratz also to all commited commitees for your co-operation and commitment!!

Here some pics!:


Money prize =)


Referee: Dengar arahan betul2 ye..

-Hot weather-

-Johan-
-KPTM team-

-Part of us-

-All of us-

-Last netball skill for us=) -

Of course happy!!!
Thank you very much to Ibu and K.Su for your guidance
May Allah bless u=)

Saturday, March 19, 2011

Hostel-made~

Bismillahhirrahmanirrahim...

Aktiviti untuk hujung minggu ini adalah masak2...
Kalau memasak dekat rumah itu adalah satu kebiasaan kan?
Tapi tidak di hostel!=D
So, this time around we all cook Bihun Tom Yam 'spesel'
Ketua chef ialah Miza dan yang lain adalah pembantu setia Tom Yam 'spesel' ini...[Azni,Intan,Arni and me]
Yang bestnyer bukan apa, just sebab masak ramai2 and dengan kawan2....hehe..Best!!
Masak sama2 and makan pun sama2, berjemaah=)
And the only kitchen equipment for us is rice cooker..
And this is how our Tom Yam looks like:


Tom Yam kami ini resipi sihat ye puan2 sebab kami tak menggunakan minyak=)
Untuk siapa2 yang biasa masak tom yam menggunakan minyak itu, bolehla cuba pulak resepi tom yam tanpa minyak ini.Tak cuba, tak tahu kan?Sihat dan sedap!!

Monday, March 14, 2011

Pernah Baca??

Bismillahhirrahmaanirrahim..

Kawan2,
at least once a month you alls mesti pergi shopping kan? Tak kisahla shopping barang2 keperluan ke, barang2 harian ke, barang2 makanan ke & etc....

Tapi tiap2 kali pergi shopping tu kan, pernah tak baca 'something' yang kat belakang food packages tuh?( What is 'something'? Make it clear please!!)
I mean nutrition label information or nutrition facts panel.Pernah tak belek2 ke, tengok2 ke benda alah ni? taukah akan kewujudan benda ini??perasan tak?? Tak perasan???Haa lepas ni,bila g beli ape2 makanan or minuman, boleh intai2 sikit ok?;)

Read me pls;)

Actually, this thing can help you to have a better informed choices about the foods that you want to buy..Yes! It's true.Many research have been done to prove this..Tak caye?Ce try!2x~

At least bila kita membeli-belah tu kan, we get benefits from that.Not just to fullfil your satiety and your hungry..but we will also gain knowledge!;)

It's also can help you consumers in avoiding contents or ingredients that you are allergic to..such as lactose, gluten and etc. Of course this will prevent any further health complication.So tak de la yang bengkak sana bengkak sini..Jadi, bacalah food label;)
Tak rugi apa2 pun bila baca ini..Membaca jambatan ilmu~

For your information, mostly the first ingredient listed in the ingredients list contributes to the main ingredient for that product..Do you get what i mean??Ok, like this,for example if sugar is the first ingredients listed in the ingredients list, it is mean that sugar is the main ingredients in that product. If we're already know the main content is sugar, so avoid it!It is not good for our health.Have a look at Malaysia Food pyramid=)Yes, you can take sugar but please take it sparingly...Same goes with sodium.. If we're already know that the foods higher in sodium content, so avoid it. Masin2 and manis2 sangat tak elok kan? Cegah sebelum kena=)
Do you get what I mean?Bersederhana itu lebih baik=) setuju?


Mesti tau!!(Untuk lebih jelas,klik sini)


Besides, if kite da tau foods tu ada cholesterol, so ape nak buat?Jangan amik or amik??Haa...
Try to avoid..(It is associated with chronic disease,Pennington, 1997)
Mula2 mungkin tak biasa kan, lama2 Insya Allah.It's worth it.For your own health.Kite and siapa2 pun kalau boleh nak hidup lama kan, and kalau boleh biarlah with the highest quality of life. (By the will of Allah,insya Allah..pray for that) Jangan susahkan orang lain and sebaik2 manusia tu yang memberi manfaat kepada orang lain..=))

Jom kita sama2 membina kehidupan ke arah yang lebih sihat!!!

P/s:mood tengah wat literature review.mencari idea~
: Entry ini untuk diri sendiri dan kawan2 yang saya sayangi=))