[SYAMPU untuk TUDUNG ]
Jeng jeng jeng, perkenalkan produk terbaru, no 1 di Malaysia, Syampu Tudung
Sangat mudah, hanya rendam dan bilas. Memberikan wangian segar untuk hijab anda.
Khusus untuk mereka yang menjaga keharuman tudung.
Jom dapatkan sekarang!
PM now,
013 3086836
Harum semerbak!
Wangi baqhang ;)
Wednesday, April 30, 2014
Harum Semerbak!
Posted by ~Miera~ at 3:16 PM 0 comments
Labels: bicara bisnes
Thursday, November 14, 2013
Masih ada
Assalamualaikum..
Dua hari lepas berkesempatan pergi ke pasar malam di Jerteh,Besut..
Memang kesemua peniaganya terdiri daripada orang Melayu Muslim..Setakat ini memang tak jumpa lagi peniaga warga asing
Agak terkejut sebenarnya, dengan RM10 macam-macam makanan boleh didapati disini.
Sangatlah murah harga makanan, memang agak jauh beza dengan kota rayaku, tempat aku mencari rezeki sebelum ini..
Gambar-gambar dibawah hanyalah sekadar hiasan ye=)
Memang beruntung sangatlah siapa yang tinggal dekat sini, memang sepatutnya boleh berjimat sebab harga makanan murah-murah, tetapi bahaya juga sebenarnya sebab lagi murah lagi banyak nak beli, tak ke?hee...Nafsu tu..
Hari itu ada jugaklah tinjau2 bazar kar situ, nasi beriani, nasi ayam RM2 sahaja, kat Kolumpo hado??memang tak hado la rasanya kan,,,terkejut jap, masih ada harga sedemikian rupa walaupun harga barang makanan kat Malaysia ini semakinlah bertambah kan..
Duduk kat area sini baru terasa macam duduk kat negara sendiri=)
141112
Jerteh
Posted by ~Miera~ at 11:10 PM 3 comments
Labels: Bicara kehidupan
Monday, November 11, 2013
Takdir DIA
Assalamualaikum
Teringat semasa kali pertama aku gagal mendapat pekerjaan selepas menghadiri temuduga untuk pertama kali setelah tamat pengajian, ohh mak aii!!!aku menangis bagai nak rak,orang kata memang frust menonggeng, sedih sangat-sangat sebab aku tak dapat kerja itu sedangkan rakan-rakan yang pergi temuduga masa itu kebanyakkannya semua dapat. Memang susah nak terima kenyataan masa itu, menangis sekuat hati sampai tak ada air mata dah kot. (and of course masa itu tak ada orang dekat rumah!)
Rupa-rupanya, memang Allah merancang yang lebih baik untuk aku. Namun setiap nikmatnya itu tidaklah mudah, pasti ada ujian disebaliknya. Berbalik pada kegagalan temuduga tadi, aku lupa untuk berdoa jika pekerjaan itu terbaik untuk aku maka kau berikanlah Ya Allah. Serius aku 'terlupa'! Yang aku minta, aku nak kerja 'itu', aku nak kerja 'itu' tanpa tahu sama ada itu yang terbaik untuk aku atau tidak. So bila dapat tahu keputusan temuduga : anda gagal, sebab itulah kecewa habis!Tergolek terlentang terus..Allahu Rabbi..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”“… (Surah Al Baqarah : 216)
Alhamdulillah ianya tidak lagi berulang untuk kali keduanya kerana kini aku mengerti tidak semua yang kita suka adalah terbaik untuk kita. Sejujurnya aku telah bersedia untuk jawapan apa sekalipun kerana aku percaya itu semua perancangan terbaik dari Allah. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, hanya samaada kita tahu atau tidak tahu hikmah disebalik apa yang berlaku.
#kerana kekangan masa hampir setahun blog ini ditinggalkan..oh kerja!
#kegagalan temuduga untuk kali ke-2 kerana tiada temuduga untuk pekerjaan pertama =)
Posted by ~Miera~ at 11:21 PM 0 comments
Labels: bicara hati
Sunday, November 10, 2013
ALLAH is the best planner
My life may not be going the way I planned.
But it's going exactly the way Allah has planned.
Indeed Allah is a better planner, the guide.
So, just keep praying and keep moving!!
Posted by ~Miera~ at 1:33 PM 0 comments
Labels: bicara hati
Thursday, December 27, 2012
sebulan~
Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini 27hb Disember 2012, genap sebulan aku [baca:saya] bekerja sebagai Food Service Dietitian di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Alhamdulillah ternyata rezeki aku disini, rezeki yang Allah telah tetapkan setelah pelbagai cubaan dan dugaan untuk mendapatkan kerja. Setelah 5 bulan menjadi penganggur terhormat dirumah, berat sungguh langkah kakiku untuk keluar dari rumahku syurgaku, duduk berjauhan dari keluarga dan bermusafir seorang diri tinggal di tengah kota raya Kuala Lumpur, salah satunya tempat yang selama ini aku ingin elakkan. Namun semua ini rahsia Allah, Allah telah tetapkan untuk aku bekerja dan berbakti di sini. Alhamdulillah aku redha. Setiap yang berlaku ada sebabnya. I believe this!
Ternyata disetiap kesenangan pasti ada kesusahan, disetiap kesukaran pasti ada kemudahan. Lumrah hidup.
Sebelum dapat kerja, macam-macam perkara aku fikir: pasal temuduga, rumah sewa, transport , bos, suasana tempat kerja dan macam-macam lagi. Semua perkara ligat berpusing dalam fikiran, ye lah risau sangat-sangat sebab tak pernah masuk alam pekerjaan secara rasmi selepas tamat belajar, dan inilah yang pertama kalinya. Duduk mengganggur kat rumah selama ini memang best, ye lah duduk dengan family, siapa yang tak suka kan makan pakai semua mak ayah yang tanggung, kerja aku cuma sebagai house manager, uruskan rumah, basuh baju, lipat baju, masak, relaks-relaks, santai-santai, tengok tv, jalan sana jalan sini, orang lain tak cuti kita cuti sentiasa, memang heaven! Boleh buat apa saja dan pada bila-bila masa sahaja.
Yang tak bestnya, bila aku rasa aku tak dapat bagi sesuatu kat family aku, maklumlah no income kan duduk rumah just a small contribution as a full housewife only. Memang tak puas hati. Yang stressnya kat umah bila orang asyik tanya bila kerja?bila dapat kerja? kerja?? kerja??kerja???? memang stress!!!!yang stressnya lagi sebab aku sendiri pun masa tu tak tahu nak jadi apa even aku dah belajar dietetic course ini selama 4 tahun, aku rasa minat aku bukan dalam bidang ini.
Cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang pendidik, inilah cita-cita aku yang aku tanam sejak dari kecil. Aku pun teruslah berusaha untuk mengejar cita-cita aku ini dengan menghantar resume sebagai seorang pendidik merata-rata ke sana sini. Pekerjaan pun rahsia Allah kan, memang kita merancang untuk jadi apa tetapi Allah juga merancang dan DIA lah perancang terhebat. Tak semua yang kita minat adalah yang terbaik untuk kita dan hari ini aku dah pun memegang satu jawatan yang dulunya aku tak suka dan tak minat langsung!!Inilah rahsia Allah yang kita sebagai manusia memang tak tahu, sekarang Allah bagi peluang untuk aku jadi dietitian. Alhamdulillah syukur, inilah masa untuk aku kutip pengalaman sementara bergelar dietitian. I will try my best to be a good and commited dietitian!! In sha Allah.
Bila sudah masuk alam pekerjaan ni, tak semua benda kita belajar masa dalam kelas dulu especially hal yang melibatkan emosi, macam mana nak handle staff dan macam-macam lagi, memang kena jadi multi-tasking, fast learner dan segalanya fast!. Setakat ini Alhamdulillah still can handle, if I cant handle the problem, of course no people to ask except Shasha!!! Mujurlah ada orang yang tak jemu-jemu duk ajar kan.Credit to Salsabilla Amran. Thank you very much senior dietitian!!eheh.
Setakat ini je lah dulu perkhabaran dari tuan hamba, hari ini dapat update blog pun sebab semalam dan hari ini off day kalau tak memang tak ada masa, busy sokmo!!;P
Walaupun hari ini aku off, tapi rasa macam kerja sebab sekarang ini aku kat office Ieda Roslan.
Ieda sibuk dengan kerja dia dan aku sibuk menghapdate blog!!!hehe..
Sorry Ieda, ada orang ketiga pulak dalam office..
Jumpa dengan Ieda ni pun tak dirancang langsung, sebab aku ada hal kena settle kat Putrajaya, terus contact Ieda, Alhamdulillah dapat jumpa setelah beberapa bulan tak jumpa after convocation.
Macam-macam story-telling bila dah jumpa ;D...
Rindu betul nak jumpa kawan-kawan semua,story-story, etc...
In sha Allah biar masa menentukan =)
Jom jadi lebik baik!!
Sekian,
Puchong,
271212.
Posted by ~Miera~ at 12:08 PM 2 comments
Labels: Bicara kehidupan
Tuesday, October 9, 2012
28th IIUM Convocation Day~
Alhamdulillah Alhamdulillah and Alhamdulillah
After 6 years, finally we're officially graduated..
Terima kasih kepada semua yang sama-sama membantu di sepanjang tempoh pengajian ini..
Kepada semua pensyarah, keluarga, seniors,juniors,rakan-rakan seperjuangan dan siapa-siapa yang turut membantu samada langsung atau tidak langsung.Terima kasih..
Namun ini bukan bererti berakhirnya pembelajaran setakat ini
Perjuangan masih panjang, masih perlu diteruskan selagi nafas masih dipinjamkan oleh Allah S.W.T.
Walau siapa pun kita, walau apa pun pekerjaan kita, yang penting jadilah insan berguna kepada orang disekeliling kita.
Terima kasih=)
Posted by ~Miera~ at 12:49 PM 2 comments
Labels: bicara perjuangan
Sunday, June 10, 2012
Alhamdulillah
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua?Harap sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmatNYA ;)
Setelah 6 bulan rumah ini dibiarkan sepi, akhirnya kini muncul kembali
Sekian kali pintu dibuka, aku hanya mampu menatap sepi tanpa sempat mencoretkan sesuatu lalu aku berlalu pergi dan keesokkan harinya menjengah kembali..;(
Alhamdulillah setelah 6 tahun, berakhir sudah pengajianku sebagai undergraduate student ,
Insya-Allah tamat sudah segala pertanyaan mereka yang tak pernah jemu bertanyakan status pengajianku
Namun, ini bukanlah penamat kepada segalanya kerana fasa lain akan bermula
Insya-Allah ilmu yang diperolehi semoga diamalkan dan akan terus disebarkan agar manfaatnya sama-sama kita rasai ;)
Kalau dulunya, tidak sabar untuk habis 'belajar' tapi kini tidak seperti yang disangkakan kerana banyak perkara yang perlu difikirkan selepas tamatnya 'belajar'..serius!!!
I wish all the best to all my friends (and me myself too) for your career life.
"Do something that you love to do and lets talent works for you" because the job will be part of your life later;D
May Allah ease our ways friends dunia and akhirat..Amiin=)
Posted by ~Miera~ at 4:48 PM 1 comments
Labels: bicara perjuangan