BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 15, 2011

Today is yours~

Bismillahhirrahmaanirrahim

Happy birthday to my dear friend.
Wish you all the best and may happiness always be with you forever
Ukhwah fillah abadan abada
Saengil cukha haeyo=)


p/s:Good bye Kuantan~

Hari-hari terakhir~

Bismillahhirrahmaanirrahim

Hari-hari terakhir disini (dibumi Kuantan):

Semalam seharian ke hulu ke hilir mensetelkan kerja2 yang sepatutnya dibuat sebelum pulang.
Terima kasih K.Mar=) Alhamdulillah setel kerja-kerja.

Hari ini juga naik turun naik turun tangga memunggah kotak-kotak yang siap dikemas.
Seriously berat (1 kotak itu macam ada 10buah buku Krause eh..ish barang apa la yang aku letak dalam itu.isk3).So, hari ini sudah turun 2kg sebab penat exercise naik tangga. Tak payah exercise dah la ek..=p (Boleh ke macam gitu.kui3)

Cakap pasal exercise ini, since habis exam hari itu(8hb), ak sudah relapse. Haish bila la lagi nak pergi joging ni?Aku akan merindui Taman Tasik of course time cuti nanti...5 bulan cuti, lama itu..sob3;..Suasana tasik yang memberi aku suatu ketenangan akan pasti aku rindui~

Untuk kawan-kawanku:
InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bertemu lagi dibumi Kuantan 4-5 bulan lagi maybe.
Good luck my friends for fyp and for practical! Terima kasih atas segalanya kawan-kawan.
Terima kasih banyak2 atas segala pertolongan kawan-kawan..Tak kisahla pertolongan apa-apa sekalipun..Hanya Allah yang selayaknya membalas jasa baik kalian.. Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan diri ini. Take care and manfaatkan cuti sebaiknya (pesanan ini untuk diri sendiri juga. maklumlah cuti lama sangat..) Bila cakap pasal cuti ini, sudah terbayang kalau time kerja nanti mesti sudah tak ada cuti lama-lama macam time study ini kan?huuu
Jadi hargailah time belajar sekarang ini..Appreciate your life=)


I will miss u guys=)
Have a safe journey and holiday!


Wednesday, April 13, 2011

My wish~

Bismillahhirrahmaanirrahim..




I wish

I could be there
&
the person in the picture is me

one day...

Tuesday, April 12, 2011

Warkah untukmu sahabatku

Bismillahhirrahmaanirrahim..


Duhai Sahabat
Kau sentiasa disampingku
Kau sentiasa hampir denganku
Kau selalu dekat denganku
Kau sentiasa bersamaku
Tika aku gembira
Tika aku sedih
Tika aku suka
dan tika aku duka


Kaulah tempat aku berkongsi ceritera perjalanan suka dukaku
dalam mengharungi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini
Kau sentiasa menemaniku dalam apa jua situasi
Kau setia menemaniku apabila aku dalam ketakutan
dikala mata tak mampu untuk aku lelapkan
Kau setia bersamaku disaat-saat emosiku tak menentu
Kau setia melayani karenahku tanpa mengira penat lelahmu
Kau sentiasa ada apabila aku memerlukanmu
Kau sentiasa menegurku demi untuk memperbetulkan kesilapanku
Kau sentiasa mengajakku ke medan dakwah
medan untuk kebaikan kita bersama
untuk ke jalan yang lebih diredhai
dan lebih diberkati

Terima kasih diatas segalanya sahabat
Semua itu akan pasti aku ingati
dan akan aku kemas rapi dalam memori ingatanku ini
walaupun kita akan berjauhan suatu hari nanti
Tiada ucapan terindah melainkan semoga persahabatan ini akan kekal abadi
Moga persahabatan ini akan diberkati Allah dan diredhai Ilahi
Terima kasih Ya Allah atas kurnianmu ini
Terima kasih..
Terima kasih,
Duhai sahabat sejati

Sahabat,
Moga aku tetap dalam ingatanmu
dalam doamu
walaupun kau jauh dariku
walaupun aku tahu ada kepentingan lain yang lebih utama berbanding diriku
Aku hanya insan kerdil yang banyak kelemahan dan kekurangan
Maafkan diri ini atas segalanya sahabat
Maafkan diri ini andai aku telah melukakan hatimu
Maafkanku atas keterlanjuran kata-kataku
yang mungkin tanpa aku sedari yang telah mengguris hatimu
membuat kau jauh dariku
jauh disudut hatiku kaulah sahabatku
sahabat yang sentiasa memahamiku
sahabat tika susah dan senangku
Terima kasih sahabatku

Dihari yang bermakna ini
moga kau beroleh segala yang dihajati
moga segala hajatmu dipenuhi
moga semua impianmu kan kau kecapi
moga kau sentiasa menjadi sahabat yang disenangi
moga kau kan jadi anak yang berbakti
moga kau kan jadi muslimah sejati
moga kau kan jadi isteri taat pada suami
moga kau kan berjaya didunia juga diakhirat nanti
moga redha Ilahi sentiasa bersama sahabatku ini

Untukmu sahabatku=)


Sanah helwa ya ukhti;)
Dariku,
-sahabatmu-
12 April 2011



Sunday, April 10, 2011

Kurang sabarkah aku?

Bismillahhirrahmaanirrahim

pukul 6.13pm hantar mesej
pukul 6.30pm jumpa kawan sekejap, then terus menuju ke sana
nak pergi ambil order tadi
bila sampai lebih kurang pukul 6.45pm,
intai2, tengok2, xda lagi apa yang aku pesan
ok, xpe...tunggu la kejap
10minit kemudian, tengok lagi kot2 la sudah siap kan
em,xda lagi
ok,fine. tunggu lagi
kul 7pm intai2 lagi, ada x apa yg aku pesan?
still sama, xda juga
ok sabar, tungggguu lg.
panas2!!!berpeluh dah aku tunggu ni
ok tunggu lagi.xpe.sabar~
Dlm hati: kali ni klu xda juga,aku memang nak cancel dah apa yang ak order tadi..
n then baru je ak nak cancel ap yang aku order
then Kak A tanya, adik pesan A ke B?
A...
dalam hati,em nak siap da ni kot
ok tunggu lg
x sampai 2 minit, ok apa yg aku pesan siap!
perghhh tau kul berapa siap?
7.30pm!!!
sejam ok!!!
bukannya setengah jam..
kalau aku pergi ECM, dah sampai bilik semula dah kot..haishh
siap Kak A minta maaf lagi sebab lambat.haha
Kak A: Sorry ye dik lambat
Aku: em, ok..
Padahal tahap menggelegak dah time itu
grrrrr..
nasib baik ada kawan aku seorang ini
SABAR namanya
Alhamdulillah
Alhamdulillah, masih ada kesabaran dalam diri aku
Terima Kasih Ya Allah~

-Al-Baqarah: sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar[2;155]

-Al Ma´aarij: Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik[70;5]


p/s: mood dengar ceramah Ustaz Kazim=)

Saturday, April 9, 2011

Desiran ombak~

Bismillahhirrahmaanirrahim


Teluk Nangka, Kuantan (Asyik cempedak je)=P


-4 sahabat-

Mieza, Miera, Milia, Miraa;D

-Moga berjumpa lagi.InsyaAllah (Gaya cam aku nak balik esok je ek..ki3=P)
-Ukhwah fillah abadan abada
-Korang sila study ok?Fokus!!Exam2=D

Friday, April 8, 2011

It's over!

Bismillahhirrahmaanirrahim..

Between you and me!! Yes!! It's over!!

Enough!!

Don't want to talk anymore about you!!

Yes!! You!!!

You!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oh exams!!;D

p/s:Ini bukanlah entri yang emo.sekian=)
Good luck others!!!=)
Exam tamat untuk sem ini tetapi perjuangan masih belum selesai hingga ke akhirnya
Literature review sedang menanti..Chayok!!!

Monday, April 4, 2011

Tetap akan pergi~

Bismillahhirrahmaanirrahim..

Mahmud al-Bahili mengatakan,

Ingat, dunia itu fitnah bagi seseorang,

Tiap saat dia pergi dan datang,

Jika pergi sabarlah dan jika datang bersyukurlah.

Dunia Tetap Akan Pergi

Sesetengah ulama mengatakan, "wahai sekalian manusia, berhati-hatilah, takutlah kepada Allah, jangan terpaut oleh angan-angan yang indah-indah sehingga lupa ajal. Jangan kau buru dunia. Ia adalah pengkhianat dan penipu belaka. Dengan bijaknya ia menipu dan memfitnahmu. Ia bermanis-manis kepada pelamarnya bagai pengantin yang dihias. Mata memandangnya, hati jatuh cinta dan jiwa menanggung rindu padanya. Bertapa banyak yang rindu padanya dibunuh, yang menginginkannya dihina. Pandanglah ia dengan mata hakikat. Ia rumah yang banyak menyimpan kebusukan."

Manusia itu dalam bahaya. Jika tidak mahu berfikir dan memandang dunia dengan mata hati, maka amat rugila hidupnya. Bersama-samalah beramal untuk akhirat. Jangan jadi pemuja dunia semata. Dunia itu adalah kesenangan yang sedikit berbanding akhirat seperti dalam al-quran ada dinyatakan:

ٱللَّهُ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُ‌ۚ وَفَرِحُواْ بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعٌ۬
"Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia itu (berbanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)". (surah Ar-Ra'd: 26)

Adakah harta kekayaan kita membuatkan kita lupa dan leka kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT?Adakah ia berkat atau istidraj?

Sumber: http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2020-jangan-memuja-dunia.html


Saturday, April 2, 2011

My pleasure~

Bismillahhirrahmaanirrahim..

Pictures can tell everything
.
.
.
.
.
.
.
.
.

-Jogging-
.
.
.

-walking-
.
.
.

-sightseeing-
.
.
.
-appreciating-
.
.
.
-observing-
.
.
.

-posing aka snapping-

**That's all about my passion**


-talks to the walk-

-walks to the talk-

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."
Firman Allah,Al-Baqarah;216

Credits to K.hajar=)

Friday, April 1, 2011

Risau~

Bismillahhirrahmaanirrahim..


Berita itu belum aku sampaikan kepada mak dan abah.

Runsing pabila memikirkannya, serius..

Yang paling aku tak nak buat apabila hal itu

akan menyusahkan mak dan abah..

Tak kisahlah apa2 hal sekalipun...

Kalau boleh nak cari jalan lain as long as

tak susahkan mak dan abah dan tak melibatkan mereka..

Tapi....macam tak ada cara lain je...sigh..

Setakat ini aku buat tak kisah sahaja pasal hal ini.

Nak fikir exam je dulu.. Serius...

Tapi tak boleh juga just take for granted hal ini...

Fikir2!!


******

Dan tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah

selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah

seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia

lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau

mengatakan kepada keduanya perkataan "ah"dan janganlah

engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada

keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu

terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,

"Wahai tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua

telah mendidik aku, pada waktu kecil."[Al-Isra';23-24]

p/s: tengah susun ayat nak cakap dekat mak..
the person I love most!