Bismillahhirrahmaanirrahim..
Ingat, dunia itu fitnah bagi seseorang,
Tiap saat dia pergi dan datang,
Jika pergi sabarlah dan jika datang bersyukurlah.
Dunia Tetap Akan Pergi
Sesetengah ulama mengatakan, "wahai sekalian manusia,  berhati-hatilah,  takutlah kepada Allah, jangan terpaut oleh angan-angan  yang indah-indah  sehingga lupa ajal. Jangan kau buru dunia. Ia adalah  pengkhianat dan  penipu belaka. Dengan bijaknya ia menipu dan  memfitnahmu. Ia  bermanis-manis kepada pelamarnya bagai pengantin yang  dihias. Mata  memandangnya, hati jatuh cinta dan jiwa menanggung rindu  padanya.  Bertapa banyak yang rindu padanya dibunuh, yang  menginginkannya dihina.  Pandanglah ia dengan mata hakikat. Ia rumah  yang banyak menyimpan  kebusukan."
Manusia itu dalam bahaya. Jika tidak mahu berfikir dan memandang  dunia dengan mata hati, maka amat rugila hidupnya. Bersama-samalah  beramal untuk akhirat. Jangan jadi pemuja dunia semata. Dunia itu adalah  kesenangan yang sedikit berbanding akhirat seperti dalam al-quran ada   dinyatakan:
 ٱللَّهُ  يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ وَفَرِحُواْ  بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا فِى ٱلۡأَخِرَةِ  إِلَّا مَتَـٰعٌ۬
"Allah meluaskan  rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia  kehendaki. Mereka  bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan  dunia itu  (berbanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan  (yang  sedikit)". (surah Ar-Ra'd: 26)
Adakah harta kekayaan kita membuatkan kita lupa dan leka kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT?Adakah ia berkat atau istidraj?
Sumber: http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2020-jangan-memuja-dunia.html

 
 



0 comments:
Post a Comment