BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 14, 2013

Masih ada

Assalamualaikum..

Dua hari lepas berkesempatan pergi ke pasar malam di Jerteh,Besut..
Memang kesemua peniaganya terdiri daripada orang Melayu Muslim..Setakat ini memang tak jumpa lagi peniaga warga asing
Agak terkejut sebenarnya, dengan RM10 macam-macam makanan boleh didapati disini.
Sangatlah murah harga makanan, memang agak jauh beza dengan kota rayaku, tempat aku mencari rezeki sebelum ini..
Gambar-gambar dibawah hanyalah sekadar hiasan ye=)


ABC dengan hanya harga RM1 sahaja


Ayam percik/panggang: RM2 sahaja


Kwayteow goreng: RM1 sahaja (tetapi portionnya memang sesuai dengan harga)


Laksa Penang: RM2 sahaja

Memang beruntung sangatlah siapa yang tinggal dekat sini, memang sepatutnya boleh berjimat sebab harga makanan murah-murah, tetapi bahaya juga sebenarnya sebab lagi murah lagi banyak nak beli, tak ke?hee...Nafsu tu..

Hari itu ada jugaklah tinjau2 bazar kar situ, nasi beriani, nasi ayam RM2 sahaja, kat Kolumpo hado??memang tak hado la rasanya kan,,,terkejut jap, masih ada harga sedemikian rupa walaupun harga barang makanan kat Malaysia ini semakinlah bertambah kan..

Duduk kat area sini baru terasa macam duduk kat negara sendiri=)


141112
Jerteh

3 comments:

Intuisi Insurgensi said...

muroh lar pulok..klate pn xleh dpt harga tu.hehe

Intuisi Insurgensi said...

sama ke mknn sebenar & ilustrasi tu?hehe

~Miera~ said...

memey muroh pun.muroh sangat2...dop ar, x same kan oyak doh tu gambar sekadar hiasan..ke3..tapi memey kejut ar, muroh sgt2..hee