BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 20, 2010

DIA penentu yang terbaik~

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah sem baru telah pun seminggu
bermula setelah bercuti sebulan lamanya..
Perjuangan kini bermula..13 Disember 2010-16 April 2011

-Advanced Medical Nutrition Theraphy
-Preparation of Theraputic Diet
-Research Project in Dietetics 1
-Community Nutrition Project
-Biostatistics
-Skills 2

Semester yang memerlukan aku perlu membuat banyak keputusan
Keputusan yang perlu mengambil kira banyak aspek
Aspek yang tidak boleh dipandang enteng
Subhanallah...

Hanya DIA tahu segalanya betapa beratnya semua ini bagiku
Aku perlukan kekuatan itu
Kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya disini,
dibumiMu ini Ya Allah

Adakah aku mampu untuk menghadapinya?
Adakah aku mampu untuk menerima semua ini?
Terima dengan Redha,hati kecilku berbisik

DIA pengatur yang terbaik
DIA penentu segalanya
DIA pencipta semuanya
Segalanya telah tertulis

Hikmahnya pasti ada,
cuma kamu yang tidak mengetahuinya
sehinggalah suatu hari yang telah ditetapkan nanti
Bersabarlah...
DIA tetap bersamamu~

[Segala takdir terima dengan hati terbuka walau tersiksa ada hikmahNYA
Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian melanda
itu jelas membuktikan Allah mengasihimu setiap masa]
Lagu Rahmat Ujian yang dinyanyikan oleh kumpulan Mestica tiba-tiba
berkumandang ditelingaku~





Thursday, November 4, 2010

Exam mood~

Alhamdulillah,finally at the end of the first phase of the examination.
2 more paper left.I can take a deep breath for a while because the next paper on 10th of Nov.=D

Petang semalam, 3hb exam epidemiology and research methodology.
No comment pasal the first paper ini sebab double trouble,
aku rasa aku bakal hilang banyak banyak markah..Adui....Dussssshhhh..=(
Operative process of risk assessment regarding occupational and environmental epidemiology(17marks)....>killer question for many of us.Yes it is unexpected sebab tajuk before mid sem.Huu frustrated....And rasanya memang ramai jugakla kot yang frustrated.
Then,
apa lagi,cari teh ais K.Ani la sebagai pengubat kekecewaan.Gago kan???ngeee~(Gago:eh,kite pulak yang kena.heh;D)
Siapa yang dapat jawab dengan jayanya itu,tahniah!!!Terbaik!!


Let bygone be bygone.
..Dah cuba yang terbaik then hanya mampu bertawakkal sahaja lah..
perlu usaha lagi!!!Aja!!
Moga kita semua dapat result yang terbaik untuk epid ini.Amiin..
Memang kecewa tapi nak buat macam mana,sudah perah otak bagai nak rak, ibaratnya macam perah kelapa tapi santan itu dah tak nak keluar keluar dah..huhuhu.analogi apakah ini?????Aigoooo~

Pagi tadi nutrition education &health promotion and petang pulak counselling skills for dietitian.Maybe ni better sikit compared dengan epid itu walaupun memang ada banyak je yang digoreng dan harap-harap digoreng dengan minyak la kan.(soalan apakah ini??ada belajar ke dalam counselling ??Rasa macam belajar dalam health comm je) ish ish ish....sob3~

Melangkah perlu ke hadapan,perjalanan masih jauh
~

"Fa iza azamta fatawakkal 'ala Allah"

Saturday, October 30, 2010

Update~

Bismillahhirrahmanirrahim

Exam~
Alhamdulillah berakhirnya satu paper hari ini,netball.heheh..Even hanya 10markah still kena buat yang terbaik.This is second paper for netball actually.Aja!!5 more paper left.

Surat cinta~
Semalam aku dapat surat cinta.Yes!!!surat cinta!!!tak pasal-pasal nak kena pergi 'date' dengan kakak mahallah office minggu depan.huhu..haa tu la salah siapa kan?salah diri sendiri!!lain kali buat lagi and tak semena-mena bakal melayanglah duit kesayanganku..kui3

Update kahwin~
Yep!kahwin!!tapi bukan majlis kahwin aku la..majlis kahwin my only sister on 23rd Oct 2010..Alhamdulillah dengan sekali lafaz,maka kakakku sah bergelar isteri kepada suaminyalah.ngee~Maka bertambahla ahli keluargaku.heee.Syukur semuanya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah.Semoga perkahwinan yang dibina kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amiin...




Monday, October 25, 2010

Harapanmu~

Air mata mengiringi pemergianku

Rasa tak sanggup untuk berpisah walau seketika

walaupun itulah hakikatnya yang harus diterima

Perjuangan perlu diteruskan

Harapan besar menantiku

Perjuangan&pengorbanan memang tak boleh dipisahkan

Chayok!!!

Sunday, October 17, 2010

Demi masa~



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

1.Demi masa

2.Sungguh,manusia berada dalam kerugian,

3.kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati

untuk kebenaran dan

saling menasihati untuk kesabaran.


P/s:Hargailah setiap masa yang anda ada kerana ia tidak mungkin akan berulang kembali.



Thursday, October 14, 2010

Tolong&Terima Kasih~

Assalamu'alaikum..


"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.

"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.

"Cheers!" Dia membalas.

Dalam satu kejadian lain,

"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.

"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.

"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~

Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.

*****

Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.

"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.

Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.

Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.

"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.

"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.

"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"

"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."

Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.

Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.

Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.

Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.

"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.

Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.

Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?

Orang berbudi, kita berbahasa..kan?

Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.

Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"

Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"

Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.

Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?

Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.

Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."

Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."

Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.

Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.

Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!

Manners are not born with us, they are acquired.

Source:http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/936-kehebatan-perkataan-tolong-dan-terima-kasih.html

Monday, October 11, 2010

Dekat dihati~

Assalamu'alaikum..

A part of us


DnT family yang tidak mungkin akan aku lupakan

Kebahagiaan,kesedihan,keperitan,kesibukan,

kerjasama dan pengalaman yang berharga

akan terus terpahat dalam sanubari

Disini ketenangan diri kutemui

Disini juga kebahagiaan kurasai

Jutaan terima kasih kepada semua family DnT atas segala-galanya

Sepanjang setahun aku bersama DnT,

memang banyak pengalaman dan ilmu kuperolehi,

cuba untuk menjadi seorang yang multi-tasking,

dapat mengenali adik-adik DnT,

Pelbagai orang,pelbagai karenah diri

DnT satu platform yang lebih mendekatkan aku dengan cinta hakiki,

ilmu Akhirat,dan bukan hanya ilmu duniawi

Kepada Allah jualah tempat kembali

Disini aku belajar dari kesilapan

untuk memperbetul kekurangan diri,memperbaiki kelemahan diri

Mengenali siapa diri ini

Manusia tiada siapa yang sempurna

Itu sememangnya aku mengerti

Komitmen yang terbaik telah kita beri

Moga semuanya diredhai dan mendapat keberkatan Ilahi

Epilog sebuah pertemuan,monolog sebuah perjuangan

May Allah bless all of you,family DnT=)

Memang sebak tatkala setiap orang perlu berkata-kata

Alhamdulillah,aku mampu menahan rasa hiba tatkala itu

mungkin kerana itu merupakan kali terakhir aku bersama DnT

walau apapun semuanya ketetapan Ilahi

moga kita akan dipertemukan lagi

jika tidak di dunia

mungkin di Akhirat nanti

Seinfiniti terima kasih atas segala nasihat,

tunjuk ajar dan kebahagiaan yang kalian berikan

yang tidak mungkin akan aku lupakan

Mohon maaf atas segala kekhilafan diri

Kepada Walid&Anis:

YOU ARE THE BEST

DnT dekat dihati=)

Tuesday, October 5, 2010

CONVEST 2010~

Assalamu'alaikum..

2-3hb 10,kami(Mar,Zizah,K.Kiah,and Me) telah bermusafir ke Gombak.Untuk mengurangkan kekecewaan hati yang tak dapat pergi sebab plan untuk ke CONVEST sehari sebelum itu tak menjadi,akhirnya sampai juga keesokkan harinya.

Tapi tak se'kecewa' student-student Audio and RDI la kan;P..takpe2..memahami...i'll also feel the same if the same thing happened to me.Kita merancang,Allah yang menentukan=)

Teruja tengok student-student yang dah graduate,berpakaian kemas,cantik dan segak dengan jubah UIA warna hijau hijau biru tu kan.Memang terasa tak sabar nak grad=)

Langkah masih jauh,perjuangan perlu diteruskan, bermotivasikan semangat dari Gombak.Ayuh!!Kita teruskan perjuangan kita kawan-kawan!!!Tak lama dah nak habis kan.Pejam celik,pejam celik,sekejap je kan..Chayok2!!

Dah berkesempatan pergi CONVEST,memang tak melepaskan peluang la nak pergi STABAZ 2010(Stall And Bazar 2010)..Memang tak berhenti berjalan..perempuan,biasalah kan..tengok yang itu berkenan,tengok yang ini berkenan,tak tau lah yang mana satu tak berkenan..kui3:D

Kesian K.Kiah,sampai sekarang,sakit kaki lagi ye..heheee.Apa-apa pun,ni ada sikitla
gambar-gambar dekat sana.Enjoy the pictures!!!=)

-Masjid UIA tersergam indah-


*bling bling*


Haa pilih pilih!!Nak yang mana satu??;p


-Chocolate Fair-


K.kiah,Mar,Zizah:Banyak sangat bunga ni,nak pilih yang mana satu???Confuse2!!


Ehem ehem,siapakah empunya kereta ini..heh;D

Sekian,Convest 2010..Moga bertemu lagi Convest 2012=)Insya Allah..

Bersabarlah Duhai Hati~

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.


Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.


Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)


Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)


Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)


Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)


Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)


Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Sumber:Iluvislam.com

Wednesday, September 29, 2010

Grrrrrrr...

Hari ini aku rasa aku dah buat satu kerja yang sia-sia.Ye la,bape jam kot nak prepare benda itu,
at last aduhhhh.....hilang entah kemana..Ya Allah,geram dia arghhh sabar jela rasa macam nak ishh tak tau nak cakap apa.Tapi disebabkan diri sendiri punya salah, memang tak boleh nak salahkan laptop la kan..Tak kan nak hantuk kepala kat dinding pulak kan? Tak boleh2!!! Sayangilah diri sendiri:D..Think positive. Pasti ada hikmahNya=)
Nasib baik ada mek a.k.a Farhana Anuar, tolong bagi kata-kata semangat kat aku. Adeh...
Thank you mek=) Alhamdulillah, akhirnya siap juga before 12. Huhu.

Kawan-kawan,sebelum "X" apa-apa kerja korang,make sure save dulu,ok?

KESILAPAN bukan sahaja kita boleh belajar daripada kesilapan diri sendiri, tapi boleh juga dipelajari daripada kesilapan orang lain..As said by Dr. Wan Azdie before=)
That's right.I agree with that Dr!

P/s;Belajar dari kesilapan,kalau tak buat silap mana nak tahu kita betul atau tak,kan?Yang penting jangan sombong,angkuh dan ego untuk terima teguran yang boleh membawa kebaikan kepada diri sendiri.Chayok!!

Hargailah

Assalamualaikum..

Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan
ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit,
oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu,
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang....
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
janganlah kamu terlalu menyanjunginya
dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa...
anggaplah dia manusia biasa...
apabila sesekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah untuk kamu menerimanya
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
mengenyangkanmu...berkhasiat buatmu...
mengapa kamu berlengah, cuba cari makanan lain...
terlalu ingin mengejar kelazatan...
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi,
kamu akan menyesal....

Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan
kepada dirimu....menyayangi...mengasihimu...
mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkan dengan orang lain...
terlalu mengejar kesempurnaan...
kelak kamu akan kehilangannya...
apabila ia menjadi hak milik orang lain,
kamu juga yang akan menyesal....

Hargailah sesuatu itu sementara ia masih ada...
kerana bila tiada didepan mata,baru kita merasa kehilangannya

Sunday, September 26, 2010

Manusia oh manusia

Assalamualaikum..

Hari-hari yang busy,kepala juga agak berserabut,nak kata banyak kerja,tak ada lah banyak

sangat,nak kata tak ada kerja pun tak juga.Kerja sentiasa ada.Ish pening..pening...tapi aku rasa

aku tahu apa sebabnya,sebab tak start buat apa-apa assignment seminar ni lagi kot..huuu atau

adakah mungkin disebabkan pelbagai ragam dan karenah orang-orang disekeliling aku juga

kot...Macam-macam orang,macam-macamlah ragamnya kan?tidakkah begitu??[aisey,skema

molek;D]
Ye la,bila bekerja dengan si A,perangai dia macam ni,sekian sekian..Bila bekerja

dengan si B pulak,perangai pun lain la jugak kan..Aish macam-macam ragam,kalau nak

diikutkan,memang pening nak berurusan dengan manusia yang kompleks ni...Tapi memang tak

rugi pun sebenarnya kita belajar tentang perangai manusia,walau dimana pun kita berada kita

akan sentiasa berurusan dengan makhluk Allah yang bernama manusia ni.Daripada manusia

jugaklah kita belajar tentang erti kehidupan,erti pahit

manis,kebahagiaan,kesedihan,keperitan,kedukaan,kekecewaan dan macam-macam

lagi...Bayangkan kalau tak ada manusia dekat muka Bumi ini??

Apa-apa pun,yang penting,betulkan niat,ikhlaskan hati dalam segala kerja dan urusan yang kita

buat.Semoga ianya dikira sebagai ibadah oleh Allah S.W.T.InsyaAllah..

Saturday, September 25, 2010

Selamat Pengantin Baru!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,syukur dan gembira apabila sepupu-sepupuku sudah selamat melangsungkan perkahwinan mereka.Tahniah Nor&Azie!!Sudah bergelar isteri kalian berdua=)Moga bahagia&kekal hingga ke akhir hayat.Kepada Epul&Izat,isteri bukan hak milik tetapi anugerah daripada Allah S.W.T.Semoga kalian berdua menjaga amanah daripada Allah sebaik mungkin,InsyaAllah..May Allah bless all of you=)

Selamat Pengantin Baru!!=)

Thursday, September 23, 2010

Tekad

Assalamualaikum..

Setelah mengambil kira segala pertimbangan,akhirnya aku nekad,ya nekad!!
Tak terbendung lagi hasrat dihati,walaupun ada skill yang menanti esok dan kemudian hari,
Aku tekad..Aku tekad untuk terus pulang pergi menemui Nor & Azie,
majlis hanya sekali dan tak mungkin berulang lagi kalau itu yang ditetapkan Ilahi..Heh;D

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,kan?Alang-alang tak ada kelas,baik balik cepat kan.Huuu.semalam tak ada kelas,hari ini tak ada kelas,esok tak ada kelas...huuuu...tensen2..memang penat la nak berganti,entah-entah tak cukup hari nak ganti..huuu.So,diet students,mental and physical please be prepared ok!!

Alhamdulillah jalanku untuk pulang dipermudahkan olehNya,doakanku semoga selamat sampai pergi dan kembali=)

Tuesday, September 21, 2010

PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu

[Afgan]

Monday, September 20, 2010

11 Syawal 1431H

Assalamualaikum

Alhamdulillah,akhirnya assignment NEHP berjaya dihantar.Memang itulah niatku apabila pulang awal ke universitiku yang tercinta ini=)iaitu untuk menyiapkan artikel itu....
Ada ruang untuk aku menghela nafas seketika sebelum berusaha untuk assignment yang seterusnya,SID...Chayok!!!

Alhamdulillah syukur dan gembira apabila ada teman-teman disekelilingku yang telah menukar status mereka.Ada yang telah bergelar suami,isteri,tunang,bakal tunang dan juga ibu,tidak lupa juga kepada sepupu-sepupuku yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada hari Sabtu ini.Memang niat dihati nak balik,tapi nampaknya terpaksa kubatalkan hasrat hati sebab ada kelas Sabtu ini,kaunseling...uwaaaaaaa;(
Kudoakan semoga semuanya berjalan lancar,InsyaAllah..Moga kalian bahagia dan kekal sampai akhir hayat,dunia akhirat=) Tahniah,tahniah dan tahniah buat kalian semua..Aku macam tak percaya pun ada apabila orang-orang disekelilingku sedang melalui fasa-fasa kehidupan ini,fasa perkahwinan..Terasa aku baru sahaja 18 tahun..huhuhu...Sedarlah dari tidurmu duhai sayang~

Sempena bulan Syawal yang mulia ini,aku dengan setulus hati ingin memohon kemaafan atas segala kekhilafan,kesalahan,kesilapan yang telah aku lakukan samaada secara sengaja atau tidak sengaja.Kepada teman-teman,jauh atau dekat,aku sememangnya seorang manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.Kadang-kadang,garang semacam,kadang-kadang senyap tak bercakap,kadang-kadang emo tak tentu hala dan macam-macam lagi.Mohon maaf atas segala perbuatan yang tidak disenangi,sejujurnya aku berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.Nasihat dan pesanan kalian sangat-sangat dialu-alukan=)
Buat SYUKAY,MAAF SANGAT-SANGAT,TAK BERKESEMPATAN NAK JUMPA SAMPAILAH SEKARANG.MOGA DIBERI KESEMPATAN SUATU HARI NANTI,InsyaALLAH..

Rindu nak jumpa kawan-kawan lama,kawan-kawan sekolah rendah,sekolah menengah,kawan-kawan Plkn..Moga kalian sihat-sihat belaka hendaknya=)

Saturday, September 4, 2010

Hikmah Yang Tersembunyi

Terlalu excited plak malam ini sebab esok nak balik rumah..yeay!!suka!! suka!!terasa macam tak nak tidur pulak..Aigooo,macam mana ini??esok dah la nak kena bertolak awal-awal pagi,aishhh...Duk sibuk kemas-kemas barang sampai la sekarang,akhirnya siap jugak.haha..Alhamdulillah..

Petang tadi aku(baca:saya) keluar dengan Gago a.k.a Husna..hehe..just terasa nak keluar then tanpa perancangan yang agak rapi,dah pun berada kat KP.haha(KP lagi??tak ada tempat lain dah ke?kui3)entah,mungkin sebab barang yang diperlukan memang available kat sana,that's why kami pergi sana..hehe

Outing yang sangat relaks,santai,tak terkejar-kejar;sebab baru sahaja habis exam kot!Assignment pun baru sahaja hantar,just ada satu sahaja lagi kena hantar after cuti...Memang tenang sekejap..heee.Besh=)Memang satu demi satu kedai kami ziarah..haha(buang masa sekejap disini ye)tapi tak ada lah buang masa sangat,jalan-jalan itu boleh memberi ketenangan,melihat dunia sekeliling,belajar dari pemerhatian,memang banyak yang boleh kita pelajari,tak gitu??Memang ada something yang perlu dicari actually,kalau tak ada,aigoo tak balik rumah la esok..hoho..Alhamdulillah,finally I get it=)Thank You to Gago for helping me to search it..sayang Gago;D

Emm,macam-macam yang berlaku hari ini,tapi panjang sangat nak tulis,jadi,aku decide tak tulis la..It just about everything that happened to us semuanya by the will of Allah and itulah ketentuan takdir..Gembira kerana dapat membantu kakak yang kehilangan anak perempuannya,Alhamdulillah jumpa akhirnya.Kakak itu memang risau,ye la kan,mak mana yang tak risau bila hilang anak kan??aku risau tadi pun dah gaya macam anak aku yang hilang.Gago pun sama..hee..Kalau aku kat tempat kakak itu,emm tak tahu lah macam mana rasanya..

P/s:Kepada semua yang ada anak dan akan ada anak,jagalah anak-anak baik-baik especiallynye bila pergi kat tempat orang ramai,bahaya..Macam-macam boleh terjadi,kan?Walau apa-apa pun yang berlaku,pasti ada hikmah yang tersembunyi=)Bersabarlah..Nescaya pahala bersama orang-orang yang sabar~

Bye-bye semua..(Eh silap,jangan guna bye-bye,bak kata-kata kanak-kanak perempuan itu,tak elok)
Selamat Bercuti!!
Wassalam~

Friday, September 3, 2010

24 Ramadhan


Salam 24 Ramadhan..

Terasa lama tak mencatit sesuatu..Tuntutan masa dan kerja yang sememangnya tak pernah habis..Ini pun baru habis 2 paper exam tadi.huhuhu.Yang tak tahannya tiap kali exam,tido memang tunggang terbalik habis,memang tak menentu..ish3..korang pun sama kan???heee
tapi hari ini still tidur lambat.hohoho...ngee~
yang pasti,tak sabar nak balik rumah..horeyyyyy!!!!cuti!!raya raya!!!:D

Memang cepat masa berlalu,kita dah pun melangkau 10 hari terakhir dan sudah pun berada dalam fasa terakhir Ramadhan iaitu fasa pembebasan daripada api neraka.di hari-hari terakhir inilah semua orang cuba untuk mencari sesuatu(apa benda itu???) Malam Lailatul Qadr....=)Insya ALLAH,moga kita dikurniakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.Berusaha!!!

Doa khusus Malam Lailatul Qadr

Wednesday, August 25, 2010

Hepathic Encephalopathy


Hepathic encephalopathy(HE) is a syndrome characterized by impaired mentation,neuromuscular disturbances and altered consciousness.There are multiple causes which can cause HE.HE actually is one of the cirrhosis complication.

HE can be caused by ammonia.When the liver fails,it is unable to detoxify ammonia thus it is a direct cerebral toxin.CSF test for ammonia metabolytes which are glutamine and alpha ketoglutarate are being measured to determine the severity of HE.

The main source of ammonia is its endogenous production by the gastrointestinal tract from the metabolism of protein and from the degragdation of bacteria and blood from GI bleeding.

Osmotic laxative(lactulose,neomycin) helps to remove ammonia and reduce colonic ammonia production.

Another theory of pathogenesis of HE is Branch-chained amino acids(BCAAs) vs Aromatic amino acids(AAAs)

A plasma amino acid imbalance exist in ESLD in which the BCAAs decreased and AAAs increased.

The BCAAs furnish as much as 30% of energy requirement for skeletal muscle,heart and brain when gluconeogenesis and ketogenesis are depressed.This cause serum BCAAs levels to fall.

At the same time,plasma AAAs and methionine are released into circulation by muscle proteolysis,but the synthesis into protein and liver clearance of AAAs is depressed.This changes the plasma molar ratio of BCAAs to AAAs and may contribute to the development of HE;AAAs may limit the cerebral uptake of BCAAs brcause they compete for carrier-mediated transport at the blood-brain barrier

p/s:belajar dari kesilapan,please be alert~

Saturday, August 21, 2010

Kisah monyet dan anjing


2 makhluk ni lah yang menakutkan dan membuatkan aku terkejut hari ini.
Di suatu pagi yang dingin,sambil berdiri di depan cermin,tiba-tiba aku ternampak kelibat monyet sedang bertenggek di jendela bilik,terkejut bukan kepalang..
Alamak,macam mana ni??Dalam hati tak payah nak cakap la,dup dap dup dap,berdebar-debar tak tentu arah,takut monyet tu masuk dalam bilik tapi nasib baik tingkap bilik aku tutup.Fuhhhhh!!lega,Alhamdulillah..

Aku terus masuk bilik roomate,takut-takut monyet masuk ikut situ..memang tepat tekaan aku,sikit je lagi,memang dah nak masuk pun..aku jerkah monyet tu,nasib baik lari..kalau tak,aishh memang lari lintang-pukang gak aku.huuuuu..selamat dari monyet~



Masa aku tengah menulis entri ini,aku baru sahaja hilang letih dan takut, sebabnya kerana anjing.huuuu.ada perkara yang aku kena setelkan malam ini dan aku rasa itu adalah tanggungjawab aku.Maka aku dan seorang yang aku kenali,K berjalan menuju ke KOM melalui "padang gurun" yang gelap gelita itu.Tak sempat sampai separuh pun daripada "padang gurun" itu,kami terdengar salakan anjing..Uwaaaaaa,tidak!!!arghhh sudah,nak lari ke tak ni??kalau lari,anjing kejar..memang aku pernah dengar,kalau takut kena kejar anjing,jangan lari sebab masa itu hormon adrenaline tengah direleasekan,lagi cepat anjing itu dapat detect kita.Kami ambil keputusan untuk berjalan perlahan dan terus membuka seribu langkah menuruni tebing tinggi dan berlari sampai tercungap-cungap,aishhh anjing punya pasal...gerun..gerun..sampai terjatuh jugaklah si K ni..tapi nasib baik tak ada apa-apa kecederaan..Alhamdulillah...selamat dari anjing~

Alhamdulillah,terselamat dari anjing-anjing itu tapi masalahnya kerja kami tak setel-setel lagi..Aduh!macam mana ini?Kalau hujan,basah pulak nanti..Lalu,kami minta pertolongan daripada seorang kawan,M..Nasib baik dia ada,kalau tak,aishh tak tahu lah macam mana nak bereskan kerja itu...

Bagi aku,walaupun sesuatu kerja yang kita buat itu kecil tetapi jika diamanahkan kepada kita,ianya still under our responsibility and kita mesti tunaikan walau bagaimana cara sekalipun(selagi tak menyalahi syara') kerana setiap apa yang kita buat atas muka bumi ini,samaada kecil atau besar semuanya akan dinilai KEMUDIAN HARI.Bagi aku,lagi satu perkara,kalau rasa kita tak boleh bagi komitmen untuk suatu-suatu kerja,jadi janganlah involve dari awal lagi,sebab ianya bukan sahaja akan menyusahkan orang disekeliling malahan menyusahkan diri sendiri jugak suatu hari nanti.Sesungguhnya,benda yang paling berat di atas muka bumi ini adalah AMANAH.Jadi,berusahalah untuk menunaikan amanahmu sebaik mungkin.

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shalllahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Tanda orang munafiq itu ada tiga, yaitu: apabila berbicara berdusta, apabila berjanji menyalahi, dan apabila dipercaya, berkhianat.” Dalam riwayat lain, “Sekalipun ia melakukan shaum, shalat dan mengaku sebagai seorang muslim.”

P/s:credits to K and M..thank you very much my dear:)

Tuesday, August 17, 2010

Letih?Penat??




Minggu dan hari-hari yang busy,busy and busy..

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan..
Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah
hidup itu diciptakan"IMAM AS-SYAFIE

~With every hardship there is a relief;)~

Saturday, August 14, 2010

Really need it


Aku perlukan semangat tika ini untuk terus berjuang,

berjuang dan terus berjuang..

Aku perlukan motivasi tika ini untuk terus memastikan diri

ini dimotivasi..

Aku perlukan semangat tika ini untuk terus belajar,belajar dan belajar..

Belajar tentang apa yang ada disekelilingku..

Belajar tentang pelbagai ragam&karenah manusia..

Belajar tentang segala-galanya..


~Manage your time properly,do it step by step slowly,

try to adopt and adapt wisely~


***********************************************************

Rindukan sesuatu yang jauh...

Friday, August 13, 2010

The Rise Of Islam Campaign



It is organized by Da'wah&Tarbiyyah Bureau(DnT) HEALS 09/10
May ALLAH reward us with His blessing and hope this will benefit us,insyaALLAH..=)

By(the Token of)Time(through the ages).Verily Man is in loss.Except such as have Faith,and do righteous deeds,and(join together)in the mutual teaching of Truth,and of Patience and Constancy

Al-'Asr;1-3

Saturday, August 7, 2010

For You








Be Yourself!

Just Be Yourself!

No One is Perfect..

Thursday, August 5, 2010

Once again

Once again..it is falling down..

Tuesday, August 3, 2010

Kanak-kanak berusia setahun maut tercampak dari kereta

2010/08/03
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut apabila dia tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu oleh bapanya yang dilanggar kereta lain di KM 101.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, semalam.

Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata Lau Hau Kang yang berusia setahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Lanchang akibat kecederaan parah di badan.

Beliau berkata, nahas berlaku pada 11.10 pagi apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya yang berusia 38 tahun dari Raub ke Kuantan, dirempuh dari belakang oleh kereta lain.

"Kenderaan pacuan empat roda tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan sebelum terbalik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mangsa dan ibunya telah tercampak keluar dari kenderaan itu manakala bapa mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Beliau berkata ibu mangsa cedera parah dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital manakala bapanya hanya cedera ringan. - BERNAMA

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kanak-kanakberusiasetahunmauttercampakdarikereta/Article/index_html

Kejadian yang berlaku ini rupa-rupanya apa yang aku lihat dari tingkap bas Transnasional semalam(02/08/10),sekembalinya aku pulang dari kampung halaman menuju ke Kuantan yang melalui Lebuhraya Pantai Timur(LPT).Memang real.Memang agak mengerikan.Memang teruk kereta yang dipandu itu terbabas,boleh dikatakan separuh remuk dibahagian hadapan dan kelihatan si ibu terbaring di atas jalan raya dengan badan berlumuran darah sambil ditemani suaminya disisi,mungkin menunggu ketibaan ambulans ketika itu.Tapi tidak pula aku kelihatan anak mereka..Sungguh menyedihkan,anak yang baru berusia setahun telah kembali ke pangkuan Pencipta..Namun,inilah yang dikatakan takdir;ajal,maut,jodoh pertemuan ditangan Tuhan~

Setiap yang hidup,pasti akan mati.Tidak akan ditangguhkan atau dicepatkan walaupun hanya satu saat.Itu janji Tuhan..Moga kita semua bersedia untuk menghadapinya..Amiin..

Tuesday, July 27, 2010

~PERLUKAN KETENANGAN~

Kesusahan menuntut seribu kesabaran..

Kepayahan menuntut seribu ketabahan..

Kehidupan menuntut seribu kekuatan..

Kejayaan menuntut seribu pengorbanan..

Tanggungjawab menuntut seribu keikhlasan..

Keputusan perlukan seribu ketenangan~


Aku perlukan ketenangan tika ini,
bebas dari segala apa yang ada disekelilingku,
aku cuba untuk melarikan diri dari suatu keadaan,
namun ada sekelumit kasih yang tak mampu untuk aku tinggalkan
yang memberikan aku anugerah kebahagiaan selama ini

Namun,kebahagiaan itu tidak lagi kurasakan
kebahagiaan itu tidak seperti dulu
kebahagiaan itu semakin pudar
dimanakah kebahagiaan dulu?
apakah ada hikmah disebalik apa yang berlaku??
kembalilah duhai TENANG~

Saturday, July 24, 2010

Dipinang orang??

Bila mimpi dipatuk ular,maksudnya ada orang nak masuk meminang,betul ke??Biasa dengar tak??Boleh percaya ke? Well,this is one of social and culture issues in belief..hmmm the next point ini berdasarkan apa yang aku dengar dari Ustaz Sharhan,salah seorang pengamal perubatan Islam(if i'm not mistaken).Actually,bukan orang yang nak masuk meminang tetapi benda lain..huuu..iaitu sihir..mimpi-mimpi yang boleh dijadikan petanda perkara ini ialah:

1-Apabila terjatuh daripada bangunan tinggi
2-Dikejar binatang buas seperti harimau
3-Menggendong bayi,terutamanya menyusui bayi tersebut
4-Dipatuk ular

Alamak,setakat ini sahaja yang mampu diingati..InsyaAllah I will update if I can remember..
Moga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara seperti ini.Amiin..

Thursday, July 22, 2010

Maafkan..

Maafkan aku kerana ...(baca:dot dot dot)

Bukan aku sengaja untuk ...

Bukan pintaku untuk ...

Bagiku itu adalah anugerah dari Allah

Anugerah yang tidak dapat dirasai oleh semua makhlukNya

Tetapi jika itu adalah khayalan semata-mata

Aku berusaha untuk tidak ...

Tetapi jika benar itu adalah ketentuan untukku

Hanya padaMu aku berserah

Kerana Kau lah pemilik segala-galanya

Tuesday, July 13, 2010

Mei....Jun.....Julai....

Assalamualaikum..

Memang sudah melebihi 3 bulan aku tidak menjengah masuk ke blog ni sehinggakan hampir lebih daripada 5x aku cuba untuk mengingati password namun aku tetap gagal.Akhirnya dengan bantuan Google,berjaya juga aku menulis tika ini.Entri kali ini merupakan summary 3 bulan kehidupanku..


...MEI...

>2hb
1 berita yang mengejutkan buat aku,keluargaku dan juga saudara-maraku..Berita kematian nenek saudaraku seakan-akan menjadi trauma bagi kami semua kerana kematiannya agak tragis dan keesokan harinya terpampang di dada-dada akhbar tentang peristiwa itu.Sehari semalam jugalah kami tidak dapat tidur lena sehinggalah kes itu selesai disiasat.Namun,aku rasa tidak perlulah aku ceritakan semuanya disini,biarlah ianya menjadi sejarah bagi kami sekeluarga.Semoga yang baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan.Setiap yang bernyawa pasti akan mati,itu janji Tuhan..Semoga kita bersedia untuk menghadapinya.InsyaAllah.




...JUN...

>9hb
Aku bersiap-siap untuk ke Kuantan kerana pada keesokan harinya aku beserta rakan-rakanku akan menghadiri satu majlis perkahwinan rakan sekelas kami di Terengganu.Tak sabarnya rasa!!;D..Macam tidak percaya pun ada,aishh dah besar rupanya kami semua,umur pun dah 'double 2'..heheh(bersamaan dengan 22)



>10hb
Kami(zizah,Mar,Yana,aku)bersiap-siap untuk bertolak..memang merancang untuk keluar awal tetapi lambat juga akhirnya bak kata orang matahari tu dah tegak berdiri jugalah..heheh..:P(kita hanya mampu merancang..ngee~)..Sebelum bertolak,sempat jugalah kami bersarapan,lain yang dirancang,lain pulak yang kami masak.ish3x.heheh..tak apalah,janji perut diisi dan tidak dibiarkan kosong especially-nye untuk 2 orang driver tu,memerlukan tenaga untuk memulakan perjalanan.heh~

Lebih kurang pukul 3 kami selamat tiba di Dungun,Alhamdulillah sempat melihat akad nikah rakan sekelas kami itu.Hmmm da selamat jadi isteri orang rupanya kawan aku yang seorang ini=)Tahniah kepada Norma,semoga kekal hingga ke akhir hayat=)

Setelah selesai menjamu selera,kami bertolak pulang tapi bukan balik rumah masing-masing lagi tetapi pergi bercuti dulu..hehe..destinasi kami seterusnya adalah Kuala Terengganu..memang penat dan sangat seronok pergi bercuti,berjalan-jalan dengan rakan-rakan,macam-macam tempat kami lawati sampai sakit jugalah kaki ini..akan lebih meriah rasanya kalau kita sekelas pergi bersama-sama,tetapi dimusim cuti,agak susah sedikit untuk semua orang 'available'..tidak mengapalah,mungkin lain kali..


>11hb
Kami tiba di Kuantan,agak lewat juga lebih kurang 10.30malam.Masing-masing kepenatan tetapi seronok dengan percutian yang kami 'organise' sendiri.Setelah siap kemas segalanya,aku terus tidur kerana keesokannya perlu bangun awal!!Kalau tak,terlepas bas lah jawabnye!!


>12hb
Aku dan Yana bersiap-siap untuk ke terminal lebih kurang pukul 7.15pagi dengan bantuan 'dak2 radio' yang time tu nak pergi praktikal..maap menyusahkan..heheh..tak pasal-pasal kena hantar kiteorang plak.ngee~By the way,credits to Farhana Mansor& to Rajna also=)


>...hb



Tarikhnya aku kurang pasti aka x berapa nak ingat..huhu

Aku ni memang jarang sakit,syukur sangat-sangat sebab kalau boleh itulah yang kita nak elakkan, tapi itu semua datang dari Allah,Dia yang menentukan segalanya.Bagi orang-orang yang bersabar,insyaAllah,pahala sentiasa akan bersamanya samaada dalam keadaan susah mahupun senang..Bagi aku, bila sekali aku jatuh sakit,SubhanaAllah, Allah sahaja yang tau betapa sakitnya kesakitan itu..2hari jugalah aku terlantar sakit,apa yang bermain di ingatanku hanyalah kematian..Adakah hari itu merupakan tarikh kematianku??bersediakah aku?pelbagai perkara bermain dimindaku.Resah,gelisah,runsing,macam-macam perasaan timbul menjelma tika itu namun syukur tidak lama kemudian aku kembali sihat seperti sediakala dan dapat membantu emak melakukan rutin harian seperti biasa.Syukur aku masih diberi peluang untuk terus menjadi hambaMu diatas muka bumi ini..Alhamdulillah..

Sebagaimana Rasulullah berpesan,ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
-sihat sebelum sakit
-lapang sebelum sibuk
-kaya sebelum miskin
-muda sebelum tua
-hidup sebelum mati
*manfaatkanlah apa yang kita miliki sebaik-baiknya sebelum semuanya tidak lagi kita miliki.



...JULAI...

>2hb
Memang ramai saudara-mara yang hadir termasuklah jiran-jiran,bertandang ke rumahku..Alhamdulillah,pada pukul 12 tengahari,majlis selesai dan berjalan lancar.Syukur...Tetamu yang hadir mula beransur pulang,makin lenganglah rumahku nampaknya...Aku berdoa semoga semuanya akan berjalan lancar pada suatu hari yang ditetapkan nanti,insyaAllah.




>5hb
Sekali lagi aku sekeluarga menerima berita kematian.Perginya dia tak kembali.Maka kehilangan seorang lagi saudara maraku,dia yang aku panggil MakSu.Perwatakan yang lembut jelas terbayang dimataku tatkala melihat dia terbaring kaku.Hanya bacaan Yassin yang mampu aku sedekahkan disaat itu,semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah.

Berlinangan air mataku tatkala melihat anak-anaknya mengucup hiba ibu mereka buat kali terakhir.Suasana pilu,sayu.Aku tak mampu lagi menahan air mata ini daripada mengalir laju.Mampukah anaknya yang berusia 2 tahun itu memahami kepergian ibunya tika itu?Tangisan anaknya jelas kedengaran,mungkinkah disaat itu dia dapat merasakan ibunya pergi tidak akan kembali lagi.sedih.sangat sedih namun itulah yang pasti setiap diantara kita akan merasai iaitu mati.Semoga kita bersedia menghadapinya suatu hari nanti dan moga kita semua akan ditempatkan dikalangan orang yang soleh&solehah.InsyaAllah..Al-fatihah buat arwah.


>11hb
Hari yang mana kalau boleh aku cuba nak elakkan tapi itu adalah mustahil.
Kalau ikutkan hati,memang tak mahu pulang ke U,tapi perjuangan perlu diteruskan kerana harapan itu perlu aku tunaikan.Hampir menitis air mataku tatkala bersalam-salaman dengan adik-adikku dan juga mak abah.Maklum sajalah 3bulan melekat kat rumah,sayanngya nak tinggalkan keluarga tapi aku sedar tanggungjawab aku belum selesai, aku harus melakukannya,aku harus bersemangat walaupun tiada mereka disisiku.Semoga aku berjaya menggalas harapan besar itu.InsyaAllah.


>12hb
Hari-hari yang aku lalui terasa sunyi sebab mungkin sudah terbiasa bersama mak abah,adik-adik,tinggal kat U terasa jauh dari keluarga.Bila aku tidur,aku nampak rumah,bila bangun tidur,aku nampak rumah,bila makan,aku teringat kat rumah,boleh dikatakan semua benda yang aku lakukan,aku teringat kat rumah.Apakah ini yang dikatakan 'homesick'??huuuu...tidak!!!!!!!!!rindunye umah!!!!!

Friday, April 30, 2010

Sekian Lama

Alhamdulillah,setelah hampir sebulan aku di Terengganu,kini aku kembali ke kampung halaman.Diam tak diam,hampir 4 bulan juga aku meninggalkan rumah tercinta.Wah,tak sabarnye nak sampai rumah.rinduuuu sangat-sangat dah ni....Tapi sebelum balik ke rumah,singgah KL jap..heheh(memang bercuti sakan la ni=P)kih3..

......................................................................................

Dup dap dup dap jantungku..berdebar-debar...hmmm...kenapa pulak ni??heeee~
Biar Allah sahaja yang tau..=)..tak sabar rasanya...

......................................................................................

Sungguh ku akui,aku rindukan teman-teman ku,sahabat seperjuanganku,rakan sekelas ku..huuu...maklumlah apa-apa aktiviti kat U tu,semuanya bersama kawan-kawan...Moga kalian sihat sejahtera semuanya,take care always my dear friend...InsyaAllah kalian sentiasa dalam doaku..

Saturday, April 24, 2010

Hari Demi Hari

Ku meniti hari demi hari

Menunggu dengan penuh kesabaran

Debaran setiap masa penuh di dada

Adakah hari esok akan merungkai segalanya??

Sesungguhnya penantian menguji kesabaran

Kesabaran adalah separuh daripada keimanan

Hanya mampu berdoa yang terbaik

Moga aku mampu menghadapi ketentuanNYA..

Friday, April 16, 2010

Cuti

Salam pembuka bicara
Assalamualaikum..

rasa cam dah lama x update blog ni,,,hehhe
dalam sedar x sedar dah hampir seminggu jugak aku di bumi Terengganu ni..hehe

asal kt cni plak?npe x blik umah?tu la kebanyakan soalan yg aku trima bla ak gtau kwn2 aku yg aku x blik Raub.hehheh..
dgn selamba aku pon menjawab:balik umah mak mertua;p...kui3(semuanya hanya gurauan semata-mata)hehek..

hmmm tbe2 rindu plak kt uia n juga teman2ku..huhu..rindu juga dekat Gago=).tapi lagi rindu kt family la,of course.heee...x berkesempatan lg nk jmp smpai ke ari ni kerana ada perkara laen yg perlu aku lakukan serta perkara ini juga ak anggap ianya adalah satu pengorbanan daripada aku sementara aku masih di alam cuti..(apakah perkara itu??itu perlu dirahsiakan..heheh)

Tuesday, April 6, 2010

Selesai Sudah

Alhamdulillah..
Akhirnya berjaya juga touch up blog ni..hehe
Agak kepenatan...haha
Thank U very much for 'gago' kerana membantu 'gogo'...sayang gago...

Alhamdulillah juga kerana sem ini sudah pun berakhir dengan last paper semalam,Critical Thinking,telah pun kucuba yang terbaik,semuanya hanya kuserah pada Allah..tawakkal..Moga sem ni lebih baek keputusannya daripada sem lepas..Amiin..

Sem yang berlalu begitu pantas seolah-olah semuanya tanpa kusedari..
Kini hanya menunggu waktu pulang sahaja..tidak sabar rasanya untuk menemui insan tersayang yang rasa agak lama ditinggalkan dan kerap kali berhubung hanya melalui telefon sahaja,rindunya kalian semua...;)

Kepada semua sahabat-sahabat,terima kasih atas tunjuk ajar dan kerjasama kalian semua..Moga semua kenangan indah kita bersama akan terus tersemat dalam ingatan kita semua.All the best for the becoming result.Selamat bercuti!!Take care guys!!
Wassalam~

Sunday, April 4, 2010

Teruskan perjuanganmu..

Today,second last paper,RKUD..Alhamdulillah,everything is running smoothly..I have tried my best and the rest I just leave it to Allah..tawakkal sajelah..heh
and tomorrow last paper...haha...x sabarnye nk abis....huuuu..
Then,x sbr nk rehatkan otak jp,nk tido secara normal balik n tdo sepuas2nya...heheheeee..since exam ni,mmg tido pun berterabur abis,berbantalkan lengan berselimutkan notes..huuuu...aku tahu,bkn aku sorg je mcm tuh,kwn2 yg laen pon mst same...heee...btul x?2...ngeh2...
perjuangan aku belum habis lagi....kena bersedia untuk paper esok..ganbatte!!!chayok2!!!

Friday, April 2, 2010

Kias Cinta

Tiba-tiba,terpaku seketika mendengarkan bait-bait kata lagu ini..moga ada yang boleh diambil pengajaran..Insya Allah..


Kias Cinta
Album : Kias Cinta
Munsyid : Mohd Suhaimi El-Fardie
http://liriknasyid.com


seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna
zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti...

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya
yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri...


Tak akan ku persia
limpah rahmat Yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Illahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanya pinjaman

sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia..

senilagu:manis helma
senikata:atie
hakcipta:Hijjaz Records sdn. bhd

Thursday, April 1, 2010

Ikhlaskah kita??

SEIKHLAS KELAPA TUA
Sumbangan azzahrah pada Isnin, 15 Ogos 2005 @ 8:19:51

KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.
Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. GUgur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.
Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.
Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.
Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”
“Oh, sedap ikan bawal ni!”
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.
Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.

Ikhlaskah kita selama kita hidup dimuka bumi Allah ini dalam melakukan segala pekerjaan,ibadah,tugasan??Hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya..Sama-sama kita renung-renungkan dan cuba untuk jadi yang terbaek..InsyaAllah=)

Tuesday, March 30, 2010

Bosan

bosan
bosan
dan bosan....huhu
xtau la knpa dgn aku ni...mmg mood swing ckit akhir2 ni...xtau knpa...yg pastinya aku x suka sbb mngganggu sgala krja2 aku+mood nk study pun melayang entah kemana...huhu...x suka2!!!
mungkin apa yang mu x suka itu terbaik untukmu Mira...
terimalah dengan hati yang tenang..

Sunday, March 28, 2010

Tabahlah menghadapi..


Ari ni 2nd paper final exam...nampaknya aku kecewa lagi..hmmm tawakkal je la yang termampu aku wat...berserah segalanya pd Allah stelah cbe yg terbaek..tp mmg ak x puas ati lngsung dgn ap yg ak jwb td,ntah ap2 kot..huhu...mmg sgt2 kesuntukan masa..mmg ak x puas ati dgn jwpn ak yg lintang pukang tu...
maknanya mu kna cuba yang lg baik Mira,hidup ini ibarat roda,kadang kala kita dibawah,kadang kala kita di atas..jadi,berusaha!!

Thursday, March 25, 2010

satu permulaan..

Ari ni start first final exam paper...
huu frustrated,wlpn rsult lmbt lg kua,tp ak da dpt bdgt mcm mna kptsnnya.satu permulaan exam yg susah bagi aku..
xpe Mira,tu mknanya mu kna usaha lg...kuatkan usaha untk next paper ni...chayok2!!
klu soklan exm gtu tu pon dah susah,apetah lg di alam realiti nnt,i mean time kja nnt...huu menyeramkan plak...da x lma dah..pejam celik pejam celik,da nk msuk 3rd year...huuu.pantasnya masa berlalu...rasa cm baru je start sem 1 year 2..huu lg...
ape2 pon,yg penting sntiasa usaha untuk jd yg terbaik n lbh baik dr sblmnya..
berjuang itu memang susah tp pasti akn jmpa kmanisannya suatu ari nnt...insya Allah...try ur best!!chayok2!!

Friday, March 19, 2010

aku percaya

Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya...
rupa2nya mlm ritu Allah hadiahkan aku 1 kegembiraan pd aku stelah aku dlm kesedihan..sesungguhnya kegembiraan dan kesedihan adalah satu ujian dari Allah...

Thursday, March 18, 2010

My First Entry;down...

Alhamdulillah..
Akhirnya berjaya jugak aku wat blog ni...
sekadar untuk meluahkan perasaan yang terbuku..
aku kira ari ni merupakan ari yang paling sedih buat aku,rasa sangat down,very upset=(
tiba2 terasa ada beban yang sedang dipikul yang tersangat berat dan x mampu lagi untuk aku galas..
sehinggalah pada satu saat,menitis jua akhirnya air mata aku yang setelah sekian lama berkolam dimata jernihku..
setelah beberapa minit,terasa sedikit kelegaan walaupun semuanya belum berakhir semua beban yang aku pikul..
at least,release a little bit..
aku tau Allah x kan uji hamba2NYA melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka.Oleh itu,aku harus tabah..
musim2 exam macam ni,biasa la tu(walaupun sbnrnya x start pn lg exam)ditambah pulak dgn report+case study yang perlu disiapkan dan perlu dihantar esok..trasa sgt berat dan tu semua adalah satu ujian untukmu Mira...Chayok!!
lbih kurang kul 3lbih,berakhirnya kelas RKUD untuk ari ni.B4 that,Ustaz bagi result mid term paper...bila aku tengok result aku,hancur luluh kurasa jiwaku ini..aku rasa ni lah markah yang paling teruk yg aku dapat untuk sem ni.Astagfirullahalazim...knapa ni Mira?knp bley jd mcm ni??bukankah mu dah buat yang terbaik??
bila aku cek2 balik,aku memang kurang berpuas ati dgn result sndri,tiba2 terlihat suatu peluang.
"yang ni 7 ke 8 sbnrnya?"hatiku bermonolog.
..lalu,ak berjumpa Ustaz untuk dapatkan kepastian..
at least dpt tambah markah ckit.hehe=)
Akhirnya Alhamdulillah,ada yang Ustaz tersalah tanda n aku dapat tambah cikit markah aku..Terima kasih Ya Allah,at least better than b4.walaupun hanya 1 markah,ianya sangat berharga..chayok!! you can do it Mira!!teruskan perjuanganmu hingga ke garisan terakhir!!